Kajian penggunaan perpustakaan dikalangan pelajar di Universiti Teknologi MARA Kampus Samarahan, Cawangan Sarawak / Suhaila Othman … [et.al.].

Othman, Suhaila and Fadzillah, Norliza Haris and Hasbi, Siti Maziyyah and Entika, Diana Albert (2002) Kajian penggunaan perpustakaan dikalangan pelajar di Universiti Teknologi MARA Kampus Samarahan, Cawangan Sarawak / Suhaila Othman … [et.al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Perpustakaan ditakrifkan sebagai gedung ilmu pengetahuan. Di situlah kita dapat menemui pelbagai sumber ilmu daripada berbagai-bagai bidang ilmiah seperti ekonomi, politik, sains, sastera, agama, sejarah, undang-undang dan lain-lain lagi. Dewasa ini, peranan perpustakaan semakin meningkat berikutan perkembangan kesedaran dalam aspek pembacaan. Perpustakaan bukan sahaja mengandungi buku-buku, majalah dan akhbar yang ditulis dalam pelbagai
bahasa tetapi kini perpustakaan dilengkapi dengan peralatan moden sains dan teknologi seperti pita rakaman, pita video, teknologi internet, filem,
mikrofilem, alat pandang dengar dan lain-lain. Semua kelengkapan ini adalah bertujuan untuk menarik minat individu serta untuk kegunaan bagi menjalankan kajian bagi para pelajar agar memanfaatkan kepentingan perpustakaan dalam kehidupan seharian. Kini, dengan wujudnya sistem internet yang serba canggih para pelajar dapat memperolehi maklumat berkaitan pengajian mereka. Contohnya di UiTM, perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan internet yang membolehkan para pelajar mendapatkan maklumat untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan kajian mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 59506.pdf]
Text
59506.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics