Nano-Killer / Nur Haninatasha Awang and Mohd Zamri Azizan

Awang, Nur Haninatasha and Azizan, Mohd Zamri (2021) Nano-Killer / Nur Haninatasha Awang and Mohd Zamri Azizan. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah Branch. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Covid19 ialah virus berbahaya yang bukan sahaja merebak di Malaysia malahan virus ini berterusan merebak ke seluruh dunia sehingga menyebabkan jutaan manusia telah ‘hilang’ akibat virus ini. Virus ini berupaya untuk menjangkiti manusia yang bermula dengan simptom-simptom jangkitan saluran pernafasan yang ringan seperti selsema biasa sehingga penyakit yang boleh membunuh seperti SARS. Penularan virus covid-19 ini bagaikan tiada henti kerana setiap hari terdapat jutaan rakyat telah dijangkiti dan angka kematian dengan jumlah yang luar biasa telah direkodkan. Hal ini amat membimbangkan seluruh masyarakat di serata dunia. Akan tetapi, penularan wabak merbahaya ini juga berpunca daripada sikap manusia yang cuai dan tidak menitik beratkan aspek kesihatan dalam kehidupan seharian. Jika tidak dicegah dengan lebih awal ianya bakal membawa kepada angka jangkitan dan jumlah kematian dengan lebih parah lagi. Namun begitu, para ilmuan telah mengkaji dan menemui langkah yang selamat dalam mencegah penularan virus yang merbahaya ini iaitu dengan penciptaan vaksin. Selain itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menggesa masyarakat agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri supaya negara kita bebas daripada wabak ini demi mengembalikan keharmonian yang telah hilang selama ini.‘Nano Killer’ dipilih sebagai tajuk arca kerana virus covid-19 ini sangat mikro dan tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Objektif penghasilan arca ini agar dapat memberi kesedaran dan membuka mata masyarakat supaya sentiasa berhati-hati walau apa aktiviti dan agenda sekalipun yang ingin dijalankan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Nur Haninatasha
haninatasha2000@gmail.com
Azizan, Mohd Zamri
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture
N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Covid19, arca, kesedaran, bentuk tiga dimensi
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59463
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59463.pdf] Text
59463.pdf

Download (3MB)

ID Number

59463

Indexing

Statistic

Statistic details