UiTM Dan Hexagon-Msc Software Meterai Mou Bangun Bakat Dalam Bidang Computer Aided Engineering

UiTM, News Team (2022) UiTM Dan Hexagon-Msc Software Meterai Mou Bangun Bakat Dalam Bidang Computer Aided Engineering. UiTM News Hub. (In Press)

Abstract

Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pejabat Jaringan Industri, Alumni dan Komuniti (ICAN), Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) dan HexagonMSC Software menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini.

Pemeteraian memorandum persefahaman tersebut bertujuan meningkatkan kepakaran warga UiTM di samping untuk mengukuhkan, mempromosi dan mengembangkan kerjasama dalam inovasi dan penyelidikan terutama dalam membangunkan bakat dalam bidang Computer Aided Engineering (CAE).

Majlis MoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Roziah Janor, Naib Canselor UiTM, bersama Mr Lim Boon Choon, Presiden Hexagon-MSC Software, dengan disaksikan oleh YBhg. Prof. Sr. Ir. Dr Suhaimi Abdul Talib, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Kejuruteraan dan En. Md. Kemarol Zamani Ibrahim, Pengarah HexagonMSC Software.

Dalam ucapan perasmian YBhg. Prof Datuk Ts. Dr Roziah Janor berkata, melalui MoU tersebut pihak UiTM dan Hexagon-MSC Software bakal bekerjasama dengan lebih rapat ke arah matlamat bersama untuk memajukan inovasi berterusan, kerjasama aktif dan pembangunan bakat. Beliau yakin kedua-dua pihak akan dapat memanfaatkan kepakaran dan memanfaatkan sumber serta teknologi baharu untuk menangani sebarang cabaran mendatang.

Tambah beliau lagi, “Reputasi MSC Software sebagai peneraju industri dalam bidang Computer Aided Engineering tidak boleh dipertikaikan. Syarikat ini akan terus membangunkan simulasi dalam skala besar dalam persekitaran kejuruteraan perusahaan dan berazam untuk menyumbang kepada kemajuan produk CAE yang lebih kos efektif”.

Kedua-dua pihak bersedia untuk menyediakan dan memperkenalkan pelbagai inisiatif serta penglibatan baharu dan lebih penting dalam masa terdekat. Hexagon-MSC Software dan UiTM komited sepenuhnya untuk menyumbang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan translasi, inovasi dan pengkomersialan bagi memastikan pendidikan berkualiti serta kecemerlangan global dalam usaha UiTM untuk menjadi universiti yang terkenal di peringkat global menjelang 2025.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of uitm  hexagon.pdf] Text
uitm hexagon.pdf

Download (180kB)

ID Number

59369

Indexing

Statistic

Statistic details