Aplikasi GIS dalam pemetaan tematik berdigit: kajian awalan di UiTM Pahang / Mohd Razmi Zainudin, Zulkifli Ab. Ghani Hilmi and Khairi Khalid

Zainudin, Mohd Razmi and Hilmi, Zulkifli Ab. Ghani and Khalid, Khairi (2009) Aplikasi GIS dalam pemetaan tematik berdigit: kajian awalan di UiTM Pahang / Mohd Razmi Zainudin, Zulkifli Ab. Ghani Hilmi and Khairi Khalid. In: Prosiding KONAKA 2009 Penyelidikan Menjana Inovasi dan Penulisan Berkualiti, 2-3 Disember 2009, UiTM Pahang.
Abstract

Mutakhir ini perkembangan kemajuan infrastruktur di UiTM Pahang Kampus Jengka sedang giat dilaksanakan. Pembangunan gunatanah ini telah mengubah polar topografi kampus. Namun begitu tiada sebarang peta asas yang sesuai digunapakai sebagai rujukan di dalam mempersembahkan maklumat butiran semulajadi atau pembangunan gunatanah. Peta Tematik Berdigital kampus ini telah dihasilkan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Sistem GIS ini mampu mempersembahkan maklumat geospatial dengan lebih dinamik dan berupaya menguruskan set-set data geografi dengan sistematik. Antara data dan maklumat geospatial yang digunakan ialah pelan asal hakmilik sementara UiTM Pahang, peta jalan utama untuk Daerah Maran, peta persempadanan daerah dan mukim dan peta topografi kawasan pembangunan dalam kampus UiTM Pahang. Sebahagian daripada maklumat geospatial berkenaan telah diperolehi dengan kaedah ukuran terus di lapangan. Hasil kajian mendapati pencarian maklumat mengunakan pendekatan GIS ini adalah lebih pantas dan mesra pengguna. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai data sekunder untuk kajian lain yang berkaitan dan turut bermanfaat kepada pihak pengurusan UiTM Pahang di dalam perancangan strategik pembangunan dan gunatanah di masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 59356.PDF]
Text
59356.PDF
Download (4MB)
Indexing & Metrics