Konsep keindahan seni / Zahirah Harun

Harun, Zahirah (2021) Konsep keindahan seni / Zahirah Harun. In: The Reminiscence of Terra Firma 2021. UiTM Perak Press, Universiti Teknologi MARA Perak. ISBN 978-967-25697-9-4
Abstract

Membicarakan tentang konsep keindahan, pelbagai sudut pandangan dan teori mengenainya yang memberikan pelbagai pandangan subjektif mengenainya. Menurut Al Ghazali yang merupakan seorang ahli sufi, beliau tidak memberi tumpuan kepada karya seni dalam bentuk fizikal kerana baginya objek seni yang dicipta hanyalah untuk tujuan memenuhi tuntutan jasmani sahaja.Walaupun demikian beliau tidak menolak atau menafikan hubungan keindahan dengan keagamaan. Menurutnya lagi segala yang ditanggap itu mendatangkan nikmat kepada orang yang melihat dan wujud pula tarikan kepada objek berkenaan maka ianya adalah suatu keindahan kepada orang yang menikmati itu. Segala sesuatu yang sempurna itu adalah suatu yang indah. Manusia akan cuba mencapai kesempurnaan kerana ingin mengecapi keindahan . Maka dengan itu manusia akan terdorong untuk memperindahkan apa yang diperbuat olehnya, apa yang dimiliki dan suasana sekelilingnya dengan objek yang sempurna sifatnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 59300.pdf]
Text
59300.pdf
Download (230kB)
Indexing & Metrics