Membudayakan penyelidikan, penulisan dan inovasi: satu keperluan transformasi pensyarah baru / Norhapizah Mohd Burhan and Ruziana Mohamed

Mohd Burhan, Norhapizah and Mohamed, Ruziana (2009) Membudayakan penyelidikan, penulisan dan inovasi: satu keperluan transformasi pensyarah baru / Norhapizah Mohd Burhan and Ruziana Mohamed. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Dalam era perkembangan dunia pendidikan hari ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil serius perihal pentingnya pembangunan penyelidikan. Ini bertujuan bagi memacu negara menghasilkan penulisan dan inovasi untuk meningkatkan produktiviti negara. Pelbagai idea dan inisiatif diperkenalkan bagi memastikan setiap institusi pengajian tinggi merangka pelan strategik universiti masing-masing untuk meningkatkan ekuiti dan memperteguhkan penyelidikan. UiTM sebagai salah satu IPTA tidak terkecuali perlu melibatkan diri secara aktif dalam bidang penyelidikan bagi meningkatkan jumlah akademia yang memiliki pelbagai kepakaran seterusnya dapat mengiktiraf universiti sebagai Research University (RU) dan World Class University (WCU). Berpandukan hasil penyelidikan yang diperolehi, penyelidik berpeluang mencipta inovasi bagi kepentingan pengajaran dan perkongsian kepakaran dengan pihak akademia, industri, organisasi kerajaan mahupun swasta dan individu perseorangan. Selain itu, paten yang terhasil daripada inovasi yang dicipta boleh diteroka untuk
dikomersialkan dan dapat membantu menjana peningkatan ekonomi negara. Usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperkenalkan program My Brain15 adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan penciptaan dan inovasi yang dihasilkan dalam bidang-bidang kritikal yang dianggap penting untuk penjanaan ilmu dan ekonomi. Penemuan penyelidikan juga berfungsi menghasilkan gagasan idea-idea baru yang boleh dikongsi bersama menerusi
penulisan ilmiah. Usaha para pensyarah dan penyelidik bagi setiap universiti amat diperlukan dalam penyelidikan sebagai pemangkin untuk membantu universiti merealisasikan impian menyahut cabaran wawasan 2020. Demikian juga halnya, bagi para pensyarah UiTM Pahang, khususnya warga pensyarah baru turut memainkan peranan yang amat penting untuk membantu UiTM mencapai taraf Universiti Penyelidikan (RU) yang secara tidak langsung dapat
mewujudkan warga kampus yang memiliki minda kelas pertama. Justeru itu, para pensyarah baru di UiTM Jengka perlu berusaha bersama pensyarah yang lain untuk menjana idea melakukan perubahan dengan penglibatan secara aktif di dalam bidang penyelidikan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang penyelidikan, penulisan dan inovasi menggunakan konsep 5W iaitu 'What', 'Why', 'Who', 'When' dan 'Where' untuk memberi sokongan dan moral kepada pensyarah baru khususnya bagi menanam minat untuk membudayakan aktiviti penyelidikan. la merupakan wadah perjuangan ahIi akademik untuk mencapai taraf universiti penyelidikan (RU).

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Burhan, Norhapizah
Norhapizah@pahang.uitm.edu.my
Mohamed, Ruziana
ruziana@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Ratings and rankings. Evaluation and ranking of universities and colleges
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Page Range: pp. 205-216
Keywords: Budaya ilmu, Penyelidikan, Inovasi, Transformasi
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59270
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59270.PDF] Text
59270.PDF

Download (4MB)

ID Number

59270

Indexing

Statistic

Statistic details