Kualiti hidup penerima bantuan zakat asnaf fakir dan miskin: kajian di Kuching, Sarawak / Mohamad Bazli Md Radzi

Md Radzi, Mohamad Bazli (2020) Kualiti hidup penerima bantuan zakat asnaf fakir dan miskin: kajian di Kuching, Sarawak / Mohamad Bazli Md Radzi. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Asnaf fakir dan miskin merupakan sebahagian dari lapan asnaf yang layak mendapat bantuan zakat. Antara objektif pelaksanaan zakat ialah bagi meningkatkan pembangunan ummah dan negara. Kualiti dan tahap hidup asnaf fakir dan miskin adalah berhubung kait terhadap bantuan zakat yang diberikan. Melalui bantuan yang diberikan, akan memberi impak terhadap taraf hidup asnaf fakir dan miskin. Berdasarkan statistik jumlah agihan zakat oleh Tabung Baitulmal Sarawak tahun 2015 hingga 2018 menunjukkan peningkatan terhadap jumlah penerima bantuan zakat yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin. Di samping itu, melihat kepada statistik insiden kemiskinan mengikut negeri dan strata Malaysia bagi tahun 2016, secara keseluruhannya, Sarawak berada di tempat ketiga negeri di Malaysia yang tersenarai sebagai negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan yang tinggi selepas Sabah dan Kelantan. Berdasarkan data yang diperolehi, menunjukkan bahawa Sarawak merupakan antara negeri yang disenaraikan sebagai negeri yang direkodkan tinggi kadar kemiskinan. Sehubungan itu, dalam merungkai objektif berkenaan kualiti hidup asnaf fakir dan miskin di Sarawak, kaedah yang digunakan bagi mendapat dan
mengumpul data ialah melalui kaedah kualitatif. Sejumlah 12 orang responden yang terlibat dalam temu bual dan proses pengumpulan data. Mereka terdiri daripada 2 orang pegawai dari unit agihan Tabung Baitulmal Sarawak dan 10 orang yang terdiri dari asnaf fakir dan miskin yang telah dipilih berdasarkan senarai penerima bantuan zakat yang diperolehi dari Tabung Baitulmal Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, melalui bantuan zakat yang diberikan oleh Tabung Baitulmal Sarawak, secara keseluruhannya dapat meningkatkan taraf hidup asnaf fakir dan miskin ke tahap yang lebih baik berbanding sebelum menerima bantuan. Kayu ukur yang digunakan bagi mengukur kualiti hidup dan tahap peningkatan taraf hidup asnaf ialah berdasarkan prinsip Islam yang didasari oleh konsep maslahah iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat yang dipelopori oleh imam al-Ghazali dan al-Syatibi. Disamping itu, perubahan terhadap taraf hidup ke tahap yang selesa berdasarkan kepada teori Maslow turut menjadi ukuran dalam menentukan peningkatan taraf hidup asnaf fakir dan
miskin. Melalui dapatan kajian, impak yang diperolehi daripada pelaksanaan kajian ialah dapat dijadikan sebagai sandaran dan penunjuk terhadap impak bantuan yang diberikan oleh Tabung Baitulmal Sarawak. Melalui dapatan yang diperolehi, adalah diharapkan dapat meningkatkan kualiti penyampaian bantuan terhadap asnaf fakir dan miskin. Secara tidak langsung akan meningkatkan lagi kualiti hidup asnaf fakir dan miskin ke arah yang lebih baik.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Radzi, Mohamad Bazli
2015207068
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Omar, Sharifah Anom
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Quality of life
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Zakat; kualiti hidup; asnaf; kifayah
Date: August 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59071
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TM_59071.pdf] Text
TM_59071.pdf

Download (41kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

59071

Indexing

Statistic

Statistic details