Apabila dihambat kemalasan, lakukan tiga perkara ini / Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2022) Apabila dihambat kemalasan, lakukan tiga perkara ini / Rofiza Aboo Bakar. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 1
Abstract

Ada ketikanya, saya berasa tidak mahu berbuat apa-apapun. Betul-betul tidak mahu berbuat apa-apa kerana kehilangan minat! Perasaan ini hadir terutama sekali apabila setelah menyiapkan beberapa tugasan yang menuntut perhatian, penelitian dan kesabaran di samping timbul pula ketegangan dan tekanan, seperti ketika menyiapkan penilaian LNPT staf baru-baru ini.
Adakah perasaan ini normal? Risau juga dan tertanya-tanya bagaimana boleh saya kembalikan minat yang selama ini saya hargai, contohnya seperti menulis untuk e-Lingua. Saya menunggu dan menunggu, sehari dua. Ianya tidak kunjung tiba. Semasa belajar dulu, pensyarah sering berkata dalam nada sinis apabila kami melengah-lengahkan dan belum juga menyiapkan tugasan, “Are you waiting for the muse to inspire you?” ‘Muse’ itu mitos Greek dan ianya ibarat pemberi inspirasi. Kita akan amat bernasib baik kiranya muncul seseorang yang selalu akan memberi inspirasi di kala kita memerlukan. Walau bagaimanapun, pemberi inspirasi terbaik sudah tentulah diri kita sendiri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58939.pdf]
Text
58939.pdf
Download (195kB)
Indexing & Metrics