Penentuan kehadiran bahan kimia pengganggu endokrin jenis fenol dan ester ftalat di lokasi terpilih Sungai Gombak Selangor / Mohammad Mubin MN, Rebecca Lee and Hashim Ahmad

MN, Mohammad Mubin and Lee, Rebecca and Ahmad, Hashim (2008) Penentuan kehadiran bahan kimia pengganggu endokrin jenis fenol dan ester ftalat di lokasi terpilih Sungai Gombak Selangor / Mohammad Mubin MN, Rebecca Lee and Hashim Ahmad. In: Proceedings STSS 2008, 3-4 June 2008, M.S. Garden Hotel, Kuantan Pahang.
Abstract

Penggunaan barangan konsumer sintetik yang semakin berleluasa menyebabkan peningkatan pembebasan bahan kimia ke persekitaran. Bahan kimia yang semakin mendapat perhatian kini adalah bahan kimia pengganggu Endokrin atau lebih dikenali sebagai EDC. EDC adalah bahan kimia yang mampu meniru hormon semulajadi dan seterusnya mengubah fungsi sistem endokrin serta menimbulkan kesan mudarat ke atas sistem-sistem lain dalam tubuh. Setakat ini di Malaysia tidak terdapat piawai persekitaran yang menentukan tahap EDC yang boleh diterima oleh seseorang individu. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai secara kualitatif kehadiran EDC di Sungai Gombak terutamanya di lokasi yang berpopulasi tinggi. Jenis EDC yang dipilih dalam kajian ini adalah EDC jenis Fenol dan Ester Ftalat. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, EDC jenis Fenol dan Ester Ftalat yang telah dikesan di Sungai Gombak adalah Nonilfenol, Oktilfenol dan Dibutil Ftalat Bahan-bahan kimia ini juga boleh berakumulasi di dalam organisma akuatik yang menjadi sumber makanan dan boleh mengkontaminasi air minuman.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58727.PDF]
Text
58727.PDF
Download (1MB)
Indexing & Metrics