Siri Bersama Penulis Jemputan Mengapa Anda Perlu Menulis? / Hasreeyati Ramli

Ramli, Hasreeyati (2022) Siri Bersama Penulis Jemputan Mengapa Anda Perlu Menulis? / Hasreeyati Ramli. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Mengapa anda perlu menulis? Sepertimana mengapa anda perlu membaca, menulis adalah satu perlakuan yang terjadi secara semulajadi apabila seseorang itu ada naluri untuk menulis. Percaya atau tidak, inilah hakikatnya. Menulis ialah satu luahan rasa seorang penulis. Apabila seseorang itu mula menulis, dia tidak akan senang duduk jika sehari dia tidak menulis walau serangkap cuma. Jika dahulunya kita seorang yang sering menulis di dalam diari, namun kini, dengan perkembangan teknologi yang pesat, adanya laptop dan PC membuatkan apa yang kita ingin tulis adalah lebih mudah. Tidak ketinggalan juga, sekiranya kita mempunyai telefon bimbit atau tablet, kita masih boleh menulis. Oleh itu, alasan untuk tidak menulis adalah satu perkara yang tidak masuk dek akal sama sekali. Ketika saya masih kecil dahulu, saya seringkali disogokkan dengan buku oleh kedua orang tua yang bertugas sebagai guru.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58685.pdf] Text
58685.pdf

Download (308kB)

ID Number

58685

Indexing

Statistic

Statistic details