Kerongsang Tok - Inspirasi terkini rekaan warisan melayu / Rozita Shamsuddin... [et al.]

Shamsuddin, Rozita and Abdull Manan, Emilia and Abdul Manan, Mohd Masdi and Raja Mohd Yusof, Raja Norazila and A Aziz, Azhar (2022) Kerongsang Tok - Inspirasi terkini rekaan warisan melayu / Rozita Shamsuddin... [et al.]. In: ARTe: Art and Expression. UiTM Perak Press, Universiti Teknologi MARA Perak, pp. 66-76. ISBN 2805-5071

Abstract

Barang kemas atau barang perhiasan diri merupakan seni warisan masyarakat Melayu khususnya yang terdiri daripada dua jenis bahan utama yang berharga seperti perak dan emas. Selain daripada itu, logam ini digunakan oleh sebilangan masyarakat sebagai cagaran hidup untuk menghimpun harta (Mohd Kassim Hj. Ali, 1998). Kerongsang Tok merupakan barang perhiasan Melayu lama yang diperbuat daripada logam emas atau saduran warna emas yang semakin diminati oleh masyarakat Melayu moden. ‘Kerongsang Tok’ terdiri daripada 3 bentuk kancing baju atau lebih dikenali dengan panggilan kerongsang yang dipadankan dengan baju kebaya labuh atau kebaya pendek yang memang sudah terkenal di kalangan orang Melayu, Portugis, Nyonya peranakan dan juga kaum Ceti di Melaka sejak berkurun-kurun tahun yang lalu. Beberapa biji kerongsang dipakai untuk mencantumkan baju mereka supaya tidak terdedah disamping menjadi alat perhiasan menggantikan rantai leher. Kerongsang ini dipakai dalam bentuk set tiga biji atau tiga bentuk yang serupa bentuknya atau berlainan tetapi yang seragam motifnya iaitu dua biji bulat sama besar dan satu lagi kerongsang ibu yang berbentuk hati atau ‘paisley’ yang disematkan di bahagian atas sekali. Inspirasi terkini rekaan Kerongsang Tok diilhamkan bagi memberi nafas baru kepada rekaan warisan Melayu lama ini. Inspirasi rekaan terkini diilhamkan daripada pelbagai sumber seperti bunga-bungaan, motif ukiran kayu dan awan larat. Sememangnya, semua kerongsang antik tulen dianggap jarang dan sukar ditemui pada masa kini. Menurut Rahimah Bujang dan Nor Azlin Hamidon (2008), seni melayu adalah seni yang mengetengahkan nilai-nilai murni dan mengisi kehidupan dengan pengertian yang lebih bermakna, menjadikan perlunya satu kelangsungan proses komunikasi kesenian dalam masyarakat. Perkembangan rekaan kerongsang tok terkini berupaya memertabatkan kembali kegembilangan barang kemas warisan Melayu daripada lenyap ditelan arus kemodenan dan relevan di pasaran.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Rozita
UNSPECIFIED
Abdull Manan, Emilia
UNSPECIFIED
Abdul Manan, Mohd Masdi
UNSPECIFIED
Raja Mohd Yusof, Raja Norazila
UNSPECIFIED
A Aziz, Azhar
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Patron
Hamid, Md Yusof
UNSPECIFIED
Advisor
Md Nor, Zainudin
UNSPECIFIED
Chief Editor
Syed Abu Bakar, Syed Alwi
UNSPECIFIED
Editor
Omar, Aznan
UNSPECIFIED
Designer
Amir, Nur Muhammad Amin Hashim
UNSPECIFIED
Team Member
Zat Azeni, Afina Zalifah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts
N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement
N Fine Arts > NX Arts in general
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Book industries and trade > Bookselling and publishing > Special lines of business, > Art publishing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Volume: 2
Page Range: pp. 66-76
Keywords: Anthotype, Eksperimen, Analisa
Date: 1 March 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58681
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58681.pdf] Text
58681.pdf

Download (9MB)

ID Number

58681

Indexing

Statistic

Statistic details