Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1. Kajian kes terhadap pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA / Romi Rampun @ Ramlan

Rampun @ Ramlan, Romi (2000) Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1. Kajian kes terhadap pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA / Romi Rampun @ Ramlan. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini di lakukan adalah untuk meninjau sama ada pelajar­ pelajar dari Fakulti Pengajian Maklumat Peringkat Ijazah Sarjana Muda menggunakan/mengetahui atau tidak segala kemudahan yang terdapat di Bahagian Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat di Perpustakaan Tun Abdul Razak I (PTAR 1). Penyelidik juga mengkaji peranan yang di berikan oleh Bahagian Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat di PTARl di dalam membantu para-pelajar memperolehi maklumat yang diperlukan. Di samping itu, penyelidikan ini cuba menilai kembali koleksi Bahagian Rujukan sama ada memenuhi kehendak pelajar atau tidak. Tujuan yang seterusnya ialah untuk mengetahui adakah pelajar-pelajar menggunakan segala perkhidmatan yang di sediakan oleh pihak PTAR 1. Kaedah yang di gunakan di dalam penyelidikan ini ialah kaedah "survey" melalui borang soal-selidik. Untuk mengukuhkan lagi penemuan yang di perolehi ini, penyelidik menggunakan kaedah Korelasi Sperman bagi membukti dua pembolehubah yang di kaji itu sama ada mempunyai hubungan yang kuat atau tidak serta kaedah pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Borang soal selidik di edarkan oleh penyelidik dan di bantu oleh wakil setiap semester. Sebelum borang ini di edarkan, penyelidik telah melakukan ujian rintis kepada beberapa orang pelajar untuk menilai kefahaman mereka terhadap soalan-soalan yang di kemukan. Kaedah pengujian hipotesis ini adalah menggunakan Kaedah Statistical Package For Social Science bagi mempersembahkan penemuan yang di perolehi dalam bentuk graf Sementara pengujian hipotesis melalui Korelasi Sperman adalah menggunakan Formula Kaedah Skor Bahan Mentah. Hasil daripada pengujian hipotesis ini di dapati layanan dan bantuan kakitangan Bahagian Rujukan dan Maklumat telah mempercepatkan dapatan pencarian maklumat yang di perlukan oleh para-pelajar. Ini bermakna hipotesis pertama penyelidik telah di terima. Hasil dari pengujian hipotesis kedua iaitu kekurangan promosi menyebabkan para-pelajar tidak tahu dan sedar tentang kewujudan Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat di PTAR 1, menunjukkan bahawa kedua-dua pembolehubah di atas tidak mempunyai apa-apa hubungan. Jadi menunjukkan hipotesis kedua ini telah di tolak. Penyelidik telah membuktikan bahawa kekinian koleksi rujukan dan koleksi khusus telah mendorong pelajar-pelajar untuk membuat rujukan di bahagian ini. kekurangan alat Teknologi Maklumat di Perkhidmatan Teknologi Maklumat menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati di kalangan pelajar-pelajar. Im telah berjaya di buktikan oleh penyelidik melalui pengujian hipotesis yang keempat. Kesimpulan yang dapat di ambil ialah walaupun Bahagian Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat ini telah berjaya membantu pelajar-pelajar mendapatkan maklumat yang di perlukan oleh mereka dan juga dapat menyediakan segala kemudahan yang di perlukan, namun terdapat beberapa perkhidmatan yang masih lagi perlu di perbaiki oleh Pihak PTAR 1 khasnya di Bahagian Rujukan dan Maklumat terutama Bahagian Teknologi Maklumat. Oleh itu di harapkan pihak PTAR 1 khsusnya Bahagian Rujukan dan Maklumat dapat menafaatkan penemuan­ penemuan dan cadangan-cadangan yang di kemukan oleh penyelidik untuk meningkat lagi mutu perkhidmatan mereka.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rampun @ Ramlan, Romi
96144830
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Raja Yaacob, Raja Abdullah
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > University and college. Academic libraries
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Information services. Information centers
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat
Keywords: Perkhidmatan Rujukan, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, Fakulti Pengajian Maklumat
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58653
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58653.PDF] Text
58653.PDF

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

58653

Indexing

Statistic

Statistic details