Emas pilihan hati / Siti Hajar Md. Jani

Md. Jani, Siti Hajar (2022) Emas pilihan hati / Siti Hajar Md. Jani. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Saya mula menghayati, mempelajari dan menulis tentang emas di ketika penulisan kertas ilmiah ijazah pertama iaitu sekitar tahun 2006 dan menyambung pengajian dalam peringkat sarjana juga tentang emas sebagai matawang pada tahun 2008. Seusai pengajian saya telah berkhidmat dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai tutor dan berpindah tempat kerja pada tahun 2010 di UiTM Kuala Pilah. Ketika saya memulakan kerjaya saya disini, seorang kawan saya memberitahu bahawa harga emas di Kuala Pilah adalah lebih rendah berbanding di tempat lain kerana kedai emas di Kuala Pilah tidak mengikut harga Persatuan Emas Malaysia menjadikan kedai emas di Kuala Pilah mempunyai harga mereka sendiri dimana ianya lebih rendah berbanding kedai emas ditempat-tempat lain. Rentetan daripada itu, ia menjadi satu faktor tarikan kepada saya untuk menjadikan pembelian emas sebagai hobi, simpanan dan pelaburan masa depan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58621.pdf]
Text
58621.pdf
Download (812kB)
Indexing & Metrics