Memori Senjakala / Siti Norfatulhana Ishak

Ishak, Siti Norfatulhana (2021) Memori Senjakala / Siti Norfatulhana Ishak. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Karya ini diinspirasikan dari bait-bait lagu di atas. Memori merupakan sesuatu yang boleh menimbulkan pelbagai rasa mahupun emosi. Karya ini simbolik kepada perasaan yang sukar digambarkan dimana ia membawa seribu rasa, seribu kenangan dan seribu pengajaran. Di tempat asing inilah, ia mengajar erti berdikari di kala baru kehilangan ibu tersayang. Keselesaan yang ditinggalkan demi mengejar sesuatu yang tak pernah terfikir dek akal sebelum ini. Keinginan untuk merantau dan peluang yang diberikan untuk menjadikan diri ini lebih bernilai merupakan percaturan Allah S.W.T yang sebaik-baiknya. Di ketika itu, diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari tujuan hidup.
Di saat senjakala menjelmakan dirinya, pasti terbit satu rasa yang sukar diungkap. Perasaan kesunyian dan kekosongan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Walaupun setiap hari bertanya khabar berita dan teman sentiasa di sisi, perasaan halus yang hadir dan bertamu di hati sukar ditepis. Kadang tanpa sedar air mata mengalir. Di sinilah kutemukan kerinduan di perantauan… kegigihan mencari ilmu di negara asing dan persahabatan yang sejati. Di dunia yang asing ini jua, aku merasai pelbagai nikmat dan kesalan. Kekesalan yang dijadikan satu pengajaran dan pedoman untuk melangkah jauh. Aku bersyukur dengan segala rasa yang dikurniakan. Tempat ini telah lama aku tinggalkan, tetapi memori yang terpahat sentiasa hadir di dalam benakku seperti baru semalam aku menjejak kaki di sini.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ishak, Siti Norfatulhana
sitinorfatulhana@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General)
N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Memori, photografi, digital
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58613
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58613.pdf] Text
58613.pdf

Download (4MB)

ID Number

58613

Indexing

Statistic

Statistic details