Line of the seasons / Hamdan Lias

Lias, Hamdan (2021) Line of the seasons / Hamdan Lias. In: Design Decoded 2021: Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. ISBN 9789672948131

Abstract

‘LINE OF THE SEASONS’, membawa maksud garisan merupakan unsur seni yang paling asas kepada pereka untuk menghasilkan pelbagai ilham rekaan khususnya reka corak batik . Garisan merupakan satu siri titik-titik dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
Selain itu, garisan juga terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. Sebagai contoh garisan pada benda buatan manusia iaitu garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya. Garisan pada alam semulajadi juga dapat dilihat pada garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya. Melalui jalinan kualiti garisan dapat menimbulkan kesan penegasan dalam penghasilan karya mahupun reka corak batik yang hendak dihasilkan. Inspirasi karya yang dihasilkan ini adalah bertemakan kehidupan manusia yang penuh dengan keindahan dan kepahitan. Jalinan garisan yang terdiri daripada pelbagai jenis, arah, saiz atau ketebalan dan warna menggambarkan setiap insan mempunyai identiti dan perjalanan hidup yang berbeza dan berlainan di antara satu sama lain. Setiap insan mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri, namun jika mereka bersatu padu, segala-galanya akan menghasilkan rasa keindahan dan ketenangan. Jelas kelihatan adalah kesan jalinan tampak secara semulajadi seperti apa yang terdapat pada prinsip rekaan iaitu rentak, arah dan ulangan serta kesan garisan yang tebal dan nipis.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Lias, Hamdan
hamdan867@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > ND Painting
N Fine Arts > ND Painting > Technique and materials
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Batik, unsur seni, corak batik, alam semulajadi
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58582
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58582.pdf] Text
58582.pdf

Download (4MB)

ID Number

58582

Indexing

Statistic

Statistic details