Komposisi spesies pokok dua jenis hutan di Terengganu / Nik Hazlan Nik Hashim …[et al.]

Nik Hashim, Nik Hazlan and Zohari, Ahmad Fitri and Abd Rasid, Khairunnisaa and Zakaria, Shaikh Abdul Karim Yamani and Kamarudin, Norashikin and Mohd, Abdul Latiff (2014) Komposisi spesies pokok dua jenis hutan di Terengganu / Nik Hazlan Nik Hashim …[et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2014, 28 Oktober 2014, UiTM PAHANG.
Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan komposisi spesies pokok di Hutan Simpan Pelagat (HSP) dan Hutan Simpan Bukit Terendak (HSBT), Terengganu. Sebanyak 10 plot berukuran 20 m x 50 m (0.1 ha) setiap satu telah dibina masing-masing di HSP dan HSBT mengikut kaedah Inventori Hutan Sebelum Tebangan. Hasil menunjukkan sejumlah 403 individu pokok berdiameter ≥5 cm pada paras dada (DBH) telah dicamkan di kedua-dua kawasan kajian, iaitu sebanyak 198 individu pokok yang tergolong kepada 28 famili, 57 genus dan 91 spesies di HSP manakala 205 individu pokok yang merangkumi 27 famili, 48 genus dan 65 spesies di HSBT. Bagi HSP, famili Dipteroearpaeeae merupakan famili terbesar dengan 5 genus dan 18 spesies manakala famili Lauraeeae pula telah direkodkan sebagai famili terbesar di HSBT dengan 6 genus dan 8 spesies. Hampir 9% daripada jumlah keseluruhan spesies yang dicatatkan di HSP adalah endemik untuk Semenanjung Malaysia manakala 8% pula dicatatkan di HSBT. Pokok yang mempunyai DBH terbesar di HSP adalah Shorea ovalis dengan ukuran 138 cm dan Shorea platycarpa yang mempunyai DBH 142.1 cm adalah pokok terbesar di HSBT.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58490.PDF]
Text
58490.PDF
Download (4MB)
Indexing & Metrics