Peranan dan keberkesanan institusi kebajikan anak yatim dalam pembentukkan insan. kajian kes di Kompleks Kebajikan Anak Yatim Laila Taib Kuching / Noor Fadhleen Mahmud … [et.al.].

Mahmud, Noor Fadhleen and Abdul Khalik, Mohd Feruz (2002) Peranan dan keberkesanan institusi kebajikan anak yatim dalam pembentukkan insan. kajian kes di Kompleks Kebajikan Anak Yatim Laila Taib Kuching / Noor Fadhleen Mahmud … [et.al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini menerangkan serta menghuraikan hasil kajian mengenai peranan dan keberkesanan institusi anak yatim dalam pembentukkan insan anak-anak yatim yang mendiaminya. Hipotesis yang diuji melalui kajian ini ialah pentingnya institusi kebajikan anak yatim ini ditubuhkan oleh kerajaan dalam memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, keberkesanan aktiviti-aktiviti dan program-program yang dijalankan oleh pihak
pengurusan terhadap pembentukkan insan anak-anak yatim ini,tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi pihak pengurusan menjamin institusi ini untuk terus berkembang dan perspektif masyarakat serta sumbangan orang ramai penting untuk institusi ini maju dan bergerak dengan lebih aktif bagi memberi perkhidmatan yang bermutu kepada anak-anak yatim yang mendiaminya. Seramai 20 orang anak-anak yatim yang telah menjadi responden kepada kajian ini. Soal selidik yang diedarkan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu latar belakng responden dan pendapat responden terhadap institusi kebajikan anak yatim. Kebanyakkan daripada maklumat yang diperolehi adalah daripada sesi temuramah dengan pihak pengurusan institusi. Penerangan kajian ini dibuat secara statistik dan huraian yang jelas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58468.pdf]
Text
58468.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics