Ilustrasi cili dalam pembelajaran kimia farmaseutikal / Ibtisam Abdul Wahab... [et al.]

Abdul Wahab, Ibtisam and Mohsin, Hannis Fadzillah and Osman, Nurul Izzati (2022) Ilustrasi cili dalam pembelajaran kimia farmaseutikal / Ibtisam Abdul Wahab... [et al.]. In: ARTe: Art and Expression. UiTM Perak Press, Universiti Teknologi MARA Perak, pp. 23-28. ISBN 2805-5071
Abstract

Komposisi bahan kimia dalam pokok cili (spesis Capsicum) telah diaplikasi untuk pelbagai tujuan, misalnya penambah rasa dalam masakan dan bahan perubatan. Selain dari berfungsi sebagai rempah ratus, serbuk cili juga dijadikan kandungan dalam senjata atau semburan pertahanan. Maklumat ini diperolehi melalui aktiviti pembelajaran atas talian untuk kursus kimia farmaseutikal. Satu tugasan ilmiah mengenai sebatian semulajadi dalam cili, telah diberi semasa semester berlangsung dalam satu tempoh perintah kawalan pergerakan. Kedua-dua struktur molekul serta anatomi tumbuhan dan buah cili telah dipersembahkan oleh pelajar. Penulis memilih beberapa lukisan cili tersebut untuk dibincangkan di dalam kertas kerja ini. Pemilihan lukisan tersebut dapat dilakukan berdasarkan kepelbagaian jenis atau spesis Capsicum. Kesimpulannya,
para pelajar terhibur dan berjaya menghasilkan lukisan cili berdasarkan pemerhatian mereka terhadap ciri-ciri anatomi cili dengan mengambil kira latar belakang yang bukan dari bidang seni. Ini juga berkaitan dengan pengetahuan dalam bidang sains dan pengalaman seharian mereka yang dapat diterjemahkan dalam bentuk visual.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58454.pdf]
Text
58454.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics