Masalah parkir di tempat larangan UiTM (Pahang) Kampus Jengka: cadangan penyelesaian / Amminudin Ab Latif … [et al.]

Ab Latif, Amminudin and Muda, Mohd Fakri and Zainudin, Mohd Razmi and Bachok, Mohd Fairuz (2014) Masalah parkir di tempat larangan UiTM (Pahang) Kampus Jengka: cadangan penyelesaian / Amminudin Ab Latif … [et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2014, 28 Oktober 2014, UiTM PAHANG.

Abstract

Kawasan bangunan pentadbiran diketahui merupakan kawasan yang sering berlaku masalah parkir berdasarkan kepada penerimaan emel berkaitan perkara ini oleh warga kampus. Artikel ini ditulis untuk memahami faktor dan punca mengapa sebilangan warga kampus bertindak memakir di kawasan larangan dan seterusnya mencadangkan penyelesaian. Kajian ini dilakukan melalui instrumen soalselidik yang melibatkan dua (2) kumpulan responden iaitu warga karnpus yang memandu yang pernah dan yang tidak pernah dikenakan tindakan atas kesalahan trafik. Faktor utama berlakunya kesalahan parkir di tempat larangan ini berpunca daripada warga kampus yang ingin menguruskan sesuatu hal sebentar di sesuatu tempat tetapi pada waktu yang sama tiada parkir kosong di tempat tersebut. Contoh penyelesaian yang praktikal adalah tidak hanya boleh mengelakkan ganguan trafik tetapi juga mengambilkira implikasi kos perlaksanaan dan juga penguatkusaan pihak berwajib di dalam kampus. Dapatan kajian ini juga telah menggariskan lima (5) cadangan penyelesaian iaitu, membenarkan parkir di tempat larangan tetapi dengan syarat ada pemandu menunggu di dalam kenderaan, menyediakan parkir sernentara, rnenambahkan bilangan parkir, parkir di tempat larangan dibenarkan hanya ketika waktu puncak dan tempat larangan parkir ditambah simbol, penanda, penunjuk dan maklumat berkaitan. lni kerana walaupun sesetengah pendapat rnengatakan bahawa perkara ini dapat diselesaikan dengan menambahkan bilangan parkir tetapi terdapat dapatan beberapa kajian menunjukkan bahawa tidak semua keadaan dapat diatasi dengan cadangan tersebut tetapi pendekatan terbaik sebenarnya adalah penyediaan parkir baru dengan langkah sokongan. Semoga dapatan dari kajian ini dapat membantu menyelesaikan masalah parkir dan kesalahan trafik ini di karnpus dan selanjutnya di mana-mana tempat turnpuan di dalam negara.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab Latif, Amminudin
amminudin738@pahang.uitm.edu.my
Muda, Mohd Fakri
fakri@pahang.uitm.edu.my
Zainudin, Mohd Razmi
razmi74@pahang.uitm.edu.my
Bachok, Mohd Fairuz
mohdfairuz@pahang.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Traffic engineering. Roads and highways. Streets > Parking. Automobile parking
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2014
Event Dates: 28 Oktober 2014
Page Range: pp. 177-189
Keywords: Cadangan penyelesaian, Kesalahan trafik, Parkir, Tempat larangan
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58446
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58446.PDF] Text
58446.PDF

Download (5MB)

ID Number

58446

Indexing

Statistic

Statistic details