Al-Qur'an: satu pendekatan saintifik / Che Haslina Abdullah

Abdullah, Che Haslina (2003) Al-Qur'an: satu pendekatan saintifik / Che Haslina Abdullah. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2003, 5-7hb Disember 2003, Holiday Villa Cherating, Kuantan.

Abstract

Agama dan Sains sering dianggap oleh sesetengah golongan sebagai dua bidang yang terpisah. Agama lebih menjurus ke arah hal-hal yang berhubung dengan ukhrawi sedang sains pula lebih menfokuskan kepada soal-soal keduniaan. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan pengaruh Dualisme Barat di mana ideologi ini telah menular ke dalam pemikiran umat Islam sejak berkurun lamanya. Pada hakikatnya sains bermaksud ilmu pengetahuan yang mencakupi dua dimensi iaitu ilmu yang berkaitan dengan keduniaan dan keakhiratan. Manakala agama Islam ialah deen yang diturunkan oleh Allah S.W.T menerusi al Qur'an iaitu Kalam Allah yang merangkumi segala fenomena alam fizik dan metafizik. Di dalam kertaskerja ini akan dibentangkan keselarian beberapa contoh ayat al-Qur' an al-karim dan fakta sains kerana al-Qur'an merupakan kitab maktubah sementara sains (alam fizikal) ini adalah kitab maftuhah. Di dalam Islam tidak ada pertentangan antara sains dan agama (al-Qur'an) kerana sains ialah usaha manusia melalui kekuatan akal budinya untuk memahami kenyataan alam tabi'i. AI-Qur'an (ayat Qur'aniyyah) adalah pembukuan segenap ayat alam semesta (ayat kauniyah) di dalam satu 'al-Kitab'. Kedua-dua ayat ini saling mentafsir. Pentafsiran yang satu terhadap yang lainnya tidak akan pernah berlawanan kerana keduanya berasal daripada Allah S.W.T; yang pertama Firman Allah dan keduanya ciptaan Allah S.W.T.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Che Haslina
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2003
Event Dates: 5-7hb Disember 2003
Page Range: pp. 165-181
Keywords: al-Qur'an, Sains dan Alam tabi'i
Date: 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58370
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58370.PDF] Text
58370.PDF

Download (5MB)

ID Number

58370

Indexing

Statistic

Statistic details