Kesan faktor-faktor afektif, kognitif, nilai dan kesukaran terhadap pencapaian pelajar dalam kursus statistik perniagaan: Suatu pemodelan regresi logistik / Zulkifli Ab Ghani Hilmi and Azizan Abd. Hamid

Ab Ghani Hilmi, Zulkifli and Abd. Hamid, Azizan (2005) Kesan faktor-faktor afektif, kognitif, nilai dan kesukaran terhadap pencapaian pelajar dalam kursus statistik perniagaan: Suatu pemodelan regresi logistik / Zulkifli Ab Ghani Hilmi and Azizan Abd. Hamid. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2005, 13 -15 Disember 2005, UiTM PAHANG.

Abstract

Kajian ini ingin melihat sejauh mana sikap pelajar dari aspek afektif, kognitif, nilai dan kesukaran memberi kesan terhadap pencapaian dalam kursus Statistik Perniagaan. Data diperolehi daripada 160 pelajar dari Fakulti Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan UiTM Pahang yang mengikuti lcursus Statistik Perniagaan, dua rninggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Instrumen yang digunakan adalah berdasarkan borang soalselidik 'Survey of Attitudes Towards Statistics' (SATS). Kajian mendapati sikap tidak dipengaruhi oleh jantina. Latar belakang Matematik di peringkat sekolah menengah didapati mempengaruhi sikap dari aspek afektif, kognitif dan kesukaran tetapi tidak kepada aspek nilai. Faktor afektif, kognitif dan kesukaran memberi sumbangan yang bermakna terhadap pencapaian dalam kursus Statistik manakala faktor nilai tidak mempengaruhi pencapaian. Analisis regresi logistik telah memilih faktor kognitif dan kesukaran ke dalam model sebagai pembolehubah terbaik bagi merarnalkan kebarangkalian beIjaya atau gagalnya pelajar dalam kursus Statistik Pemiagaan. Apabila model ini diperhalusi, dua faktor terpenting yang terpilih ke dalam model ialah persepsi pelajar bahawa mereka dapat mengikuti dan memahami isi pelajaran semasa kuliah dan persepsi bahawa Statistik bukanlah suatu kursus yang sukar dan boleh dipelajari. Hasil kajian ini diharap dapat membantu para pendidik Statistik melahirkan graduan-graduan yang bukan sahaja menjadi pengguna maklumat bahkan sebagai penjana maklumat yang efisien.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab Ghani Hilmi, Zulkifli
UNSPECIFIED
Abd. Hamid, Azizan
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HA Statistics
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2005
Event Dates: 13 -15 Disember 2005
Page Range: pp. 32-40
Keywords: Statistik perniagaan, UiTM Pahang, Analisis regresi logistik
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58358
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58358.PDF] Text
58358.PDF

Download (3MB)

ID Number

58358

Indexing

Statistic

Statistic details