Amalan perakaunan di kalangan perniagaan kecil di Jengka / Sharifah Norhafiza Syed Ibrahim

Syed Ibrahim, Sharifah Norhafiza (2004) Amalan perakaunan di kalangan perniagaan kecil di Jengka / Sharifah Norhafiza Syed Ibrahim. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2004, 17-19 Disember 2004, Impiana Beach Resort, Cherating, Kuantan.

Abstract

Amalan perakaunan yang baik sangat penting untuk memastikan semua urusniaga direkod dengan betul dan lengkap. Melaluinya, prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan akan dapat diukur dengan tepat. Umumnya, perakaunan sangat relevan dan penting kepada syarikat kerana syarikat tertakIuk kepada Akta Syarikat 1965 di mana laporan tahunan yang telah diaudit perlu dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat sekurang-kurangnya sebulan selepas tarikh mesyuarat agung tahunan. Selain untuk memenuhi keperluan akta, amalan perakaunan yang baik sangat berfaedah kepada semua entiti perniagaan termasuk perniagaan-perniagaan kecil. Ia akan membantu pemilik perniagaan menguruskan inventori dengan lebih baik, memantau dan mengelakkan penyelewengan, pengawalan perbelanjaan dan lain-lain lagi. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan perakaunan di kalangan perniagaan kecil di sekitar Jengka. Borang kajiselidik yang mengandungi tiga bahagian utama; demografi, amalan-amalan perakaunan dan pandangan terhadap perakaunan diedarkan kepada peserta Kursus Kemahiran Perakaunan Secara Praktikal. Kemudian amalan perakaunan ini dibandingkan dengan ciri-ciri sistem perakaunan yang baik dan sesuai untuk perniagaan kecil. Hasil kajiselidik menunjukkan penggunaan sistem perakaunan yang lengkap di kalangan perniagaan kecil masih pada tahap minima. Walaubagaimanapun, pandangan mereka terhadap perakaunan adalah positif dan menggalakkan. Hasil kertas kerja ini akan memberikan input yang berguna kepada pihak UiTM, khususnya Fakulti Perakaunan Cawangan Pahang dalam merangka dan menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan kepada penduduk setempat di masa hadapan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Syed Ibrahim, Sharifah Norhafiza
snorhafiza@pahang.uitrn.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia
H Social Sciences > HG Finance > Banking > Accounting. Bookkeeping
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2004
Event Dates: 17-19 Disember 2004
Page Range: pp. 123-128
Keywords: Perakaunan, Perniagaan kecil, Fakulti Perakaunan Cawangan Pahang
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58351
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58351.PDF] Text
58351.PDF

Download (2MB)

ID Number

58351

Indexing

Statistic

Statistic details