Tumbuhan yang berpotensi sebagai agen antidiabetik dari hutan simpan UiTM Pahang / Siti Zaiton Mat So'ad

Mat So'ad, Siti Zaiton (2004) Tumbuhan yang berpotensi sebagai agen antidiabetik dari hutan simpan UiTM Pahang / Siti Zaiton Mat So'ad. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2004, 17-19 Disember 2004, Impiana Beach Resort, Cherating, Kuantan.
Abstract

Kertas kerja ini dihasilkan dari maklumat-maklumat yang dikumpul mengenai tumbuhan ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit diabetis melitus jenis II (diabetis melitus tidak bergantung insulin). Fokus tumbuhan ubatan adalah dari Hutan Simpan UiTM Pahang yang pernah disenaraikan hasil dari dua penyelidikan yang pernah dijalankan di hutan tersebut. Pengumpulan maklumat telah berjaya mengenalpasti duabelas famili yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai agen antidiabetik iaitu Rubiaceae, Euphorbiaceae, Menispermaceae, Leguminoseae, Apocynaceae, Solanaceae, Zingiberaceae, Oxalidaceae, Compositae, Meliaceae, Myrtaceae dan Rubiaceae. Maklumat-maklumat ini diharap dapat mencetuskan lebih banyak usaha penelitian secara saintifik bagi pengesahan ciri-ciri antidiabetik yang terkandung di dalam tumbuhan ubatan yang berkenaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58341.PDF]
Text
58341.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics