Halatuju penyelidikan UiTM Cawangan Pahang / Azhan Bin Hashim @ Ismail

Hashim @ Ismail, Azhan (2003) Halatuju penyelidikan UiTM Cawangan Pahang / Azhan Bin Hashim @ Ismail. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2003, 5-7hb Disember 2003, Holiday Villa Cherating, Kuantan.

Abstract

Tidak dinafikan penyelidikan telah menjadi satu kriteria penting bagi mengukur kecemerlangan sesebuah universiti selain daripada pengajaran dan pembelajaran. Rating sesebuah universiti yang akan diperkenalkan pada tahun ini akan mengambil kira aktiviti penyelidikan seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM1.4 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-8 bagi membiayai aktivitivi penyelidikan di Malaysia yang kebanyakannya dimonopoli oleh IPTA. Pada masa ini UPM mendahului universiti-universiti lain dari segi perolehan geran IRPA. UiTM walaupun bam saja dinaik taraf kepada universiti telah mengorak langkah dengan jumlah perolehan geran IRPA sebanyak RM7.2 juta pada tahun 2002 menyaksikan peningkatan hampir 800% jika dibandingkan dengan jumlah yang diperolehi di sepanjang 5 tahun sebelumnya. Menyedari akan peri pentingnya penyelidikan bagi sesebuah universiti, pihak pengurusan atasan UiTM telah menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan seperti diambil kira untuk kenaikan pangkat, pengesahan kedalam jawatan, pengurangan ATA dan lain-lain lagi. Perkara ini dapat dilihat dalam strategi pengukuhan akadernik UiTM yang telah dibentangkan oleh Dato Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM. Beliau berpendapat teras penyelidikan perlu dirancang secara komprehensif dan berbentuk inovasi. Selain dari itu, Biro Penyelidikan dan Perundingan UiTM telah dinaik taraf kepada Institut Penyelidikan Pembangunan dan Pengkomersialan atau ringkasnya IRDC bagi memperluaskan lagi peranan untuk mempromosi aktiviti penyelidikan dikalangan warga akadernik UiTM. Ketika ini, jurnlah pensyarah yang terlibat dalam penyelidikan di seluruh sistem UiTM adalah seramai 25%. Pihak IRDC telah mensasarkan penglibatan 100% pensyarah menjelang tahun 2010 dengan perolehan geran IRPA sebanyak RM50 juta dan RM5 juta untuk geran jangka pendek.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim @ Ismail, Azhan
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2003
Event Dates: 5-7hb Disember 2003
Page Range: pp. 23-29
Keywords: Penyelidikan, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia
Date: 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58306
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58306.PDF] Text
58306.PDF

Download (2MB)

ID Number

58306

Indexing

Statistic

Statistic details