Penulisan ahli akademik di media massa / Shahril Anuar Abdul Ghalim and Nurul Nisha Mohd Shah

Abdul Ghalim, Shahril Anuar and Mohd Shah, Nurul Nisha (2019) Penulisan ahli akademik di media massa / Shahril Anuar Abdul Ghalim and Nurul Nisha Mohd Shah. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.
Abstract

Umum mengetahui bahawa penulisan adalah perkara yang sinonim dengan kerjaya sebagai pensyarah. Tahap keintelektualan dalam bidang dapat diukur dengan penghasilan penulisan yang men- jurus kepada kepakaran akademik seseorang pensyarah. Terdapat pelbagai bentuk penulisan akademik yang menjadi tumpuan pensyarah dalam menghasilkan penulisan yang berteraskan dapatan hasil kajian yang dilakukan. Antaranya ialah penulisan dalam jurnal akademik buku, bab dalam buku, prosiding dan pelbagai lagi yang berbentuk penulisan ilmiah. Kesemua ini adalah penting bagi menempatkan tahap kecemerlangan akademik sesebuah universiti dengan ber- pandukan hasil penulisan pensyarah yang mempunyai impak dan nilai yang tinggi. Walaupun diketahui umum bahawa bentuk penulisan yang dinyatakan tadi merupakan teras utama dalam protesion seorang pensyarah bagi menghasilkan penulisan yang bermutu dan berkualiti serta mempunyai nilai yang tinggi dari sudut kesarjanaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58191.pdf]
Text
58191.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics