Pemuliharaan bandar, kes kajian: Alor Setar, Kedah / Azlan Mahmad

Mahmad, Azlan (1994) Pemuliharaan bandar, kes kajian: Alor Setar, Kedah / Azlan Mahmad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Malaysia kaya dengan warisan sejarah dan kebudayaan. Sebahagian dan kekayaan ini diabadikan di dalam benluk bangunan dan negara ini masih mempunyai bangunan-bangunan tersebut. Bangunan-bangunan warisan ini terdiri dari rumah rumah dan is tana Melayu Iradisional, rumah-rumah kedai Tradisional sehinggalah bangunan-bangunan kolonial yang melambangkan pelbagai corak, kesenian dan kebudayaan yang wujud. Bangunan-bangunan ini telah wujud di bandar-bandar dan telah menjadi sebahagian dari idenliti sesuatu bandar. Setelah Merdeka, negara ini telah membangun dengan pesatnya dan turut mempengaruhi perkembangan bandar-bandarnya. Ini menimbulkan pertambahan permintaan terhadap ruang perniagaan di kawasan bandar. Akibat tekanan-tekanan pembangunan yangwujud khususnya di kawasan perbandaran lama yang menempatkan banyakbangunan-bangunan lama, maka beberapa bangunan warisan ini telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan moden. Bangunan-bangunan warisan telah menjadi mangsa pembangunan pesat negara. Namun kini telah wujud kesedaran,dari pihak individu, pertubuhan-pertubuhan sukarela hinggalah pihak pihakberkuasa tempatan dan negeri, mengenai perlunya warisan irii dipelihara dari pupus.Usaha-usaha telah dijalankan dan beberapa pihak berkuasa tempatan dan negeri telah mempunyai sebuah unit khas bagi pemuliharaan dan elemen bag imelindungi bangunan-bangunan warisan. Rancangan Struktur dan RancanganTempatan juga memberi perhatian terhadap konsep pemuliharaan. Maka kajian inibertujuan unruk mengenalpasti bangunan dan kawasan bersejarah yang perludikekalkan dan mencadangkan tindakan-tindakan pemuliharaan yang sesuai bagibandar Alor Setar. Ini dilakukan dengan mengkaji program-program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan lain dan menganalisis potensi yang terdapat; di Alor Setar. Cadangan berupa dasar-dasar dan garis panduan pembangunan diharapkan dapat membantu pihak berkuasa tempatan memulihara dan mengawal pembangunan di kawasan pemuliharaan. Pemuliharan harus dilihat sebagai usaha memelihara warisan dan bandar bukannya sebuah muzium terbuka. Aktiviti-aktiviti yang bersesuaian perlu diteruskan agar, bandar terus hidup.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahmad, Azlan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UNSPECIFIED
Omar, Dasimah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Conservation and restoration. Preservation and restoration of architectural monuments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Lanjutan Perancang Bandar dan Wilayah
Keywords: Bandar, Pemuliharaan, Kedah
Date: May 1994
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58117
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58117.PDF] Text
58117.PDF

Download (912kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

58117

Indexing

Statistic

Statistic details