Keberkesanan koperasi sebagai membantu ekonomi sektor luar bandar / Zaleha Zaidon … [et.al.]

Zaidon, Zaleha and Amin, Rosni and Noyou, Juliana and Zainal, Mohd. Tuah (2001) Keberkesanan koperasi sebagai membantu ekonomi sektor luar bandar / Zaleha Zaidon … [et.al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Objektif kajian kami ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang koperasi serta penglibatan masyarakat luar bandar di dalam koperasi. Koperasi merupakan satu pertubuhan sukarela yang dipunyai secara bersama oleh anggota yang menjadi ahlinya. Kajian telah menunjukkan bahawa koperasi mampu meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar melalui kepelbagaian aktiviti yang dijalankan. Komitmen dan kerelaan anggota koperasi di samping pengurusan yang baik serta Ahli Lembaga Koperasi yang bertanggungjawab jelas membantu ekonomi penduduk luar bandar. Koperasi memainkan peranan yang penting sebagai salah sebuah agen dalam pembangunan ekonomi penduduk luar bandar. Mengikut kajian kami koperasi luar bandar masih perlu diperbaiki dari segi pengurusannya dan aktivitinya untuk meningkatkan keupayaan koperasi sebagai penjana sosio-ekonomi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 57745.pdf]
Text
57745.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics