Perancangan strategik UiTM Kampus Kuantan / Jelani Sulaiman

Sulaiman, Jelani (2008) Perancangan strategik UiTM Kampus Kuantan / Jelani Sulaiman. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2008, 30 – 31 Disember 2008, UiTM PAHANG.

Abstract

Kampus UiTM Kuantan merangkumi dua buah kampus terletak di dua lokasi berasingan iaitu di Bukit Sekilau dan di Tanjong Api. Kedua-dua lokasi ini dianggap amat strategik di Bandar Kuantan. Pada tahun 1985, Kampus ITM Pahang dibuka dan mempunyai pejabat pentadbiran utamanya di Bangunan DARA di Taman Gelora, Tanjong Api dan disokong oleh asrama-asrama pelajar di Bukit Sekilau dan Tanjong Api. Pada tahun 1993, semua operasi UiTM di Kuantan diberhentikan kerana berpindah ke Bandar Jengka Pusat. Bangunan pentadbiran utama yang disewa dipulangkan dan dua bangunan di Bukit Sekilau dan Tanjong Api dikosongkan. Pada tahun 1995, UiTM Kampus Kuantan bertempat di Bukit Sekilau telah dibuka semula atas keperluan untuk menjalankan program-program secara mod separuh masa iaitu PLK dan PJJ. Ketika itu ramai pelajar-pelajar tinggal di Kuantan dan tidak praktik untuk menjalankan program di Bandar Jengka. Antara program-program yang ditawarkan termasuklah AC110 Diploma Perakaunan (PLK) dan Diploma Pengurusan Perniagaan BM111 (PJJ). Pada tahun 2001, dianggarkan seramai 1,500 pelajar mengikuti program PLK dan PJJ di Kampus UiTM Kuantan Bukit Sekilau. Namun begitu, bilik-bilik asrama Bukit Sekilau yang boleh memuatkan seramai 300 pelajar tidak diguna sepenuhnya kerana ketiadaan program-program sepenuh masa. Pada akhir tahun 2004, kampus Asrama Remaja di Tanjong Api siap dibaikpulih dan dibuka semula. Seramai 60 pelajar PI020 Pra-Ijazah Pendidikan TESL sepenuh masa telah ditempatkan di situ dan pada tahun 2006, seramai 100 pelajar PI005 Pra-Ijazah Undang-Undang sepenuh masa telah dibawa masuk untuk melengkapkan penggunaan Asrama Remaja di Tanjong Api. Pada tahun 2007, jumlah pelajar dijangka keseluruhan di Kuantan akan meningkat ke angka 280 pelajar sepenuh masa dan 210 pelajar separuh masa. lni mengambil kira perancangan untuk membuka program-program baru dalam kedua-dua mod pembelajaran. Pada tahun 2008 dan 2009, jumlah pelajar terutamanya dalam mod sepenuh masa akan terus meningkat memandangkan kerja-kerja membaikpulih dua blok bangunan asrama dan akademik/ pentadbiran dijangka siap dan seramai 360 pelajar sepenuh masa boleh ditempatkan di asrama Kampus Bukit Sekilau. Perancangan akadernik melibatkan pembukaan program-program sepenuh masa di peringkat ljazah Sarjana Muda dalam bidang TESL, Undang-Undang dan Pentadbiran Korporat. Pada tahun 2010, adalah dijangkakan jumlah pelajar di kedua-dua kampus di Kuantan akan mencecah angka 565 pelajar sepenuh masa dan 320 pelajar separuh masa.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulaiman, Jelani
jelani@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Faculty. Teaching personnel
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2008
Event Dates: 30 – 31 Disember 2008
Page Range: pp. 247-251
Keywords: Perancangan akademik, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa, Pusat Latihan dan Penyelidikan
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57577
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57577.PDF] Text
57577.PDF

Download (1MB)

ID Number

57577

Indexing

Statistic

Statistic details