Transkrip Wawancara Bersama Profesor Doktor Zawawi bin Nordin Pakar Perubatan Nefrologi / Aqilfikri Irfan Taqiuddin Tiew dan Nur Athirah Jamal

Taqiuddin Tiew, Aqilfikri Irfan and Jamal, Nur Athirah (2021) Transkrip Wawancara Bersama Profesor Doktor Zawawi bin Nordin Pakar Perubatan Nefrologi / Aqilfikri Irfan Taqiuddin Tiew dan Nur Athirah Jamal. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Kajian ini membincangkan tentang latar belakang dan pengalaman kerjaya seorang tokoh yang merupakan seorang Doktor Pakar Perubatan dalam bidang Nefrologi iaitu Profesor Doktor Zawawi Bin Nordin. Nefrologi merupakan bidang khusus yang memfokuskan pada fungsi normal buah pinggang manusia, diagnosis serta rawatan bagi penyakit buah pinggang. Justeru, penulisan artikel ini turut membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan Nefrologi secara lebih mendalam serta cabaran yang perlu dihadapi oleh tokoh sebelum mendapat gelaran sebagai seorang Doktor Pakar Nefrologi. Selain itu, intipati transkrip turut membincangkan tentang pengalaman beliau dalam mengusahakan Pusat hemodialisis milik beliau dan juga rakan kongsinya, pencapaian sepanjang perkhidmatan, sumbangan beliau dan harapan terhadap mereka yang ingin menceburi bidang Nefrologi serta nasihat kepada generasi muda yang sering mengambil mudah terhadap tahap kesihatan mereka. Segala maklumat yang ditulis adalah berdasarkan tinjauan literatur melalui laman sesawang yang mempunyai autoriti serta melalui projek sejarah lisan yang telah dijalankan. Implikasi utama kajian ini adalah kepada pengkaji, para penyelidik, pelajar serta masyarakat. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik berharap agar masyarakat kini terutamanya generasi muda akan lebih peka dengan tahap kesihatan mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga demi masa depan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 57336.pdf]
Text
57336.pdf
Download (360kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
Indexing & Metrics