Sifat mazmumah yang perIu dijauhi oIeh staf akademik UiTM Pahang: Fokus pengajaran 'AI-Aktsariyyah' di daIam AI-Quran / SaifuI Johari Musahar and Mohd Kamal Azman Jusoh

Musahar, SaifuI Johari and Jusoh, Mohd Kamal Azman (2006) Sifat mazmumah yang perIu dijauhi oIeh staf akademik UiTM Pahang: Fokus pengajaran 'AI-Aktsariyyah' di daIam AI-Quran / SaifuI Johari Musahar and Mohd Kamal Azman Jusoh. In: UNSPECIFIED.
Abstract

Arus perkembangan kehidupan masyarakat Islam sekarang menampakkan kecenderungan masyarakat mengikut hawa nafsu. Perkembangan negatif ini berlaku sama ada di luar mahupun di dalam menara gading. Ia mendedahkan satu situasi yang menarik kepada penulis untuk menilai dan meneliti perkataan banyak (Kathara secara umum) yang terdapat di dalam al-Quran. Berdasarkan kajian, terdapat sebanyak 89 ayat dan terdapat 90 tempat pengulangan perkataan banyak di dalam al-Quran yang menerangkan majoriti manusia mudah terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif. Allah SWT telah menerangkan kepada manusia beberapa sifat negatif yang selalu dilakukan oleh manusia. Fenomena banyak atau popular dalam apa jua keadaan belum tentu menunjukkan perkara yang positif berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk yang diambil dari al-Quran. Fokus utama tulisan ini untuk mengajak semua staf akademik supaya berhati-hati dengan sifat-sifat buruk yang telah dinyatakan oleh Allah S.W. T di dalam al-Quran. Kupasan dari tulisan ini boleh dijadikan sebagai panduan dan landasan untuk perkembangan nilai kerohanian di kalangan staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang khasnya dan UiTM seluruh cawangan secara amnya yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran. Kefahaman tentang pengajaran dan pembelajaran dari al-Quran sudah tentu akan memberi impak yang positif ke arah pemantapan dan kecemerlangan akademik yang bertunjangkan kepada aqidah Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 57275.PDF]
Text
57275.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics