Transkrip temubual bersama Puan Hajah Natipah@Nor Tipah Binti Abdul Kadir mengenai pengalaman beliau sebagai Adiguru Tenun Pahang Diraja/ Nurul Amirah Farhanah Azhari & Nurul Syahirah Shamsudin

Azhari, Nurul Amirah Farhanah and Shamsudin, Nurul Syahirah (2020) Transkrip temubual bersama Puan Hajah Natipah@Nor Tipah Binti Abdul Kadir mengenai pengalaman beliau sebagai Adiguru Tenun Pahang Diraja/ Nurul Amirah Farhanah Azhari & Nurul Syahirah Shamsudin. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini membincangkan pengalaman seorang tokoh yang merupakan waris asal kepada Keraing Aji atau lebih dikenali sebagai Tok Tuan, pembesar yang membawa masuk dan mengasaskan seni warisan tenun Pahang Diraja iaitu Puan Natipah@Nor Tipah binti Abdul Kadir Adiguru Kraf Tenun Pahang Diraja. Seni warisan ini sudah bertapak di Malaysia sejak abad ke-16 dan masih kekal sehingga ke hari ini. Objektif kajian sejarah lisan ini adalah untuk mengetahui sejarah awal kewujudan kain tenun Pahang Diraja, untuk meneroka kejayaan dan sumbangan awal tokoh dalam bidang tenun Pahang Diraja dan untuk merekodkan tentang sejarah dan pengalaman tokoh sebagai Adiguru Kraf Tenun Pahang Diraja. Penyelidik telah melakukan satu sesi temubual secara atas talian atas kekangan pandemik (COVID-19) menggunakan platform 'Zoom'. Kajian ini turut menggunakan pelbagai sumber seperti petikan daripada surat khabar dan artikel jurnal bagi melihat sejauh mana perkembangan dan perubahan yang telah berlaku kepada bidang tenun Pahang Diraja. Daripada tanskrip ini penyelidik mendapati bidang tenun Pahang Diraja telah berkembang dengan pesat. Melalui kajian sejarah lisan ini, diharap agar bidang tenun ini terus berkembang maju sehingga keperingkat yang lebih tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 57273.pdf]
Text
57273.pdf
Download (306kB)
Indexing & Metrics