Transkrip temubual bersama Encik Ibrahim bin Yusof mengenai pengalaman beliau berkhidmat bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad: Stesen Keretapi Tanjong Pagar, Singapura/ Azreen Sofia Abdul Syukor & Nurulsyahirah Misman

Abdul Syukor, Azreen Sofia and Misman, Nurulsyahirah (2020) Transkrip temubual bersama Encik Ibrahim bin Yusof mengenai pengalaman beliau berkhidmat bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad: Stesen Keretapi Tanjong Pagar, Singapura/ Azreen Sofia Abdul Syukor & Nurulsyahirah Misman. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang pernah berkhidmat di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tanjong Pagar, Singapura. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh yang pernah berkhidmat dan bertugas di Stesen Tanjong Pagar ini, Projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkap kebenaran sebenar disebalik penutupan stesen tersebut melalui wawancara yang dikendalikan oleh Azreen Sofia binti Abdul Syukor dan Nurulsyahirah binli Misman pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat (kepujian) Pengurusan Rekod (IM246) Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor Kampus Segamat. Bermula dari sejarah tentang KTMB, kajian ini turut memfokuskan secara menyeluruh isu-isu yang berkaitan dan paling utama tentang Stesen Tanjung Pagar tersebut. Kajian ini bukan sahaja melalui Encik Ibrahim bin Yusof sendiri, malah ianya juga turut diperoleh dari beberapa sumber yang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam dalam sumber itu dengan pengalaman yang dialami sendiri oleh Encik Ibrahim Yusof. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang akan mengenali dengan leblih lanjut dan mendalam tentang Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang sebenarnya mempunyai nilai sejarah yang besar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 56467.pdf]
Text
56467.pdf
Download (276kB)
Indexing & Metrics