Transkrip temubual bersama Encik Abdul Halid bin Jaafar Pengurus Stesen Stesen Keretapi Tanah Melayu Kluang mengenai pengalaman beliau sebagai Pengurus Stesen

Roslee, Nur Farhana and Ishak, Siti Nur Liyana (2020) Transkrip temubual bersama Encik Abdul Halid bin Jaafar Pengurus Stesen Stesen Keretapi Tanah Melayu Kluang mengenai pengalaman beliau sebagai Pengurus Stesen. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan pengurus stesen di KTM Kluang dan berkecimpung dalam KTMB lebih daripada 30 tahun iaitu Encik Abdul Halid. Ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak mengetahui tentang sejarah berkaitan dengan keretapi yang merupakan salah satu pengangkutan awam yang penting di Malaysia. Selain menyentuh tentang pengalaman tokoh sebagai pengurus stesen, projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkap sejarah yang ada di KTM Kluang yang tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Kajian ini memfokuskan tentang pengalaman tokoh sepanjang bekerja di KTMB dan bercerita secara menyeluruh tentang tugas-tugasnya sebagai pengurus stesen di KTM Niyor dan KTM Kluang. Kajian ini bukan sahaja melalui Encik Abdul Halid sahaja, malah ianya turut diperolehi dari heberapa sumber yang lain bagi memperkuatkan kajian yang dilakukan. Implikasi kajian ini adalah terutama kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Melalui projek lisan ini juga, diharap masyarakat terutama generasi baharu akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah dan kepentingan kererapi kepada masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 56394.pdf]
Text
56394.pdf
Download (236kB)
Indexing & Metrics