Ekosistem Keusahawanan di Malaysia / Nur Farah Syazana Noor Hammad, Siti Sarah Zainuri and Muhammad Razihan Mohd Radzi

Noor Hammad, Nur Farah Syazana and Zainuri, Siti Sarah and Mohd Radzi, Muhammad Razihan (2021) Ekosistem Keusahawanan di Malaysia / Nur Farah Syazana Noor Hammad, Siti Sarah Zainuri and Muhammad Razihan Mohd Radzi. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kami merupakan pelajar daripada program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar ingin memperkenalkan sebuah buku nota digital yang bertajuk “Ekosistem Keusahawanan di Malaysia”, di mana ianya merupakan sebuah buku atas talian yang juga dikenali sebagai e-note. Ia digunakan bagi mengklasifikasikan buku-buku berformat digital. Ia direka bagi membantu orang ramai yang mahu memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan sewaktu wabak Covid-19 yang telah berlaku sekarang ini dan menyebabkan ramai warga kehilangan kerja. Perniagaan kecil-kecilan ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai yang dalam kesempitan untuk memenuhi keperluan asas mereka sekurangnya. Oleh yang demikian, kami mencipta sebuah buku nota digital yang ringkas, mudah dan menarik ini dalam bentuk E-note. Selain daripada faedah yang dapat diberikan kepada individu yang ingin memulakan bisnes, E-note dapat menyelamatkan bumi dan mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Ianya dapat mengurangkan jumlah pencemaran udara dan pembalakan pokok yang semakin berleluasa ketika ini. Produk yang kami hasilkan ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar daripada pengurangan aktiviti penebangan pokok. Oleh itu, kami berharap agar E-note ini dapat memberikan maklumat dan berkongsi informasi serta ilmu baru kepada peniaga baru di luar sana serta menyelamatkan alam sekitar.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56038.pdf] Text
56038.pdf

Download (448kB)

ID Number

56038

Indexing

Statistic

Statistic details