Kenderaan meracun rumpai dan serangga perosak / Mohd Ubaidillah Mohd Zaki

Mohd Zaki, Mohd Ubaidillah (2004) Kenderaan meracun rumpai dan serangga perosak / Mohd Ubaidillah Mohd Zaki. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Meracun di dalam bidang Pertanian terbahagi Kepada dua iaitu meracun serangga perosak dan meracun rumpai. la biasanya dilakukan di ladang ladang pertanian dan di dusun dusun kecil. Proses ini amat penting demi menjaga hasil pertanian mereka. Bagi proses meracun rumpai, ia biasanya dilakukan mengikut kesesuaian rumpai tersebut. Kadangkala 6 bulan sekali atau 4 bulan sekali. Bagi meracun serangga perosak pula ianya dilakukan mengikut kesesuaian melalui kajian yang dijalankan. Bagi pusat pusat penyelidikan pertanian seperti Mardi dan sebagainya, mereka menggunakan sebuah kenderaan khas bagi menjalankan aktiviti meracun ini. Kenderaan ini dikenali dengan nama saintifiknya sebagai ADVANCED COSTEFFIECIENT MECHANISED SPRAY. Pada awalnya kenderaan ini memang cukup berkesan tetapi . masih lagi terdapat kekurangannya seperti ketidakselesaan ketika mengendalikannya, keadaaan tempat duduk yang tidak boleh dilaras mengikut kehendak dan kesesuaian pemandu, tiada cermin yang menghalang dari terkena racun yang ditiup angin ke arah pemandu memang cukup merbahaya. Selain itu juga sistem meracunnya kadangkala tidak dapat menepati ciri ciri yang dikehendaki.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 55962.pdf]
Text
55962.pdf
Download (737kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Sg Petani, Kedah
Item Status
Processing
Indexing & Metrics