Warisan dan pelestarian ekonomi maritim era kontemporari / Siti Nurul Izza Hashim … [et al.]

Hashim, Siti Nurul Izza and Abd Wahab, Nor Azlina and Wan Hasan, Wan Hasmat and Che Man, Norajila and P. Rameli, Mohd. Faizal (2021) Warisan dan pelestarian ekonomi maritim era kontemporari / Siti Nurul Izza Hashim … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 3 (2). pp. 1-13. ISSN 2590-3942
Official URL: http://www.cipsf.my/
Abstract

Malaysia diklasifikasikan sebagai sebuah negara maritim berdasarkan kepada keadaan geografinya yang terletak di laluan utama perdagangan antarabangsa. Sejarah tamadun Melayu telah membuktikan bahawa ekonomi maritim berjaya membangunkan pelabuhan-pelabuhan terpenting sehingga meniti arus kecemerlangan melalui aktiviti perdagangan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti perkembangan ekonomi maritim sebagai warisan dalam tamadun Melayu. Di samping itu, kajian ini turut menganalisis pelestarian ekonomi maritim era kontemporari yang dilihat sebahagian daripada sejarah dan harta negara yang tidak terukur nilai bagi menjamin kepentingan generasi akan datang. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap sumber primer dan sekunder. Kajian sejarah dan kajian dokumen turut dilakukan bagi memastikan kesahihan setiap maklumat yang dikemukakan dan menilai fakta yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa ekonomi maritim telah memperkukuhkan industri maritim dan menjadi teras kemakmuran ekonomi Malaysia. Oleh itu, kelestarian ekonomi maritim era kontemporari perlu diperkasakan bagi memastikan sektor maritim kekal utuh di persada antarabangsa. Implikasi kajian ini ialah ekonomi maritim merupakan satu warisan masyarakat Melayu tradisi yang kekal sehingga kini dalam pelbagai sektor secara relatifnya komprehensif dan tidak terhad kepada industri perkapalan sahaja

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 55731.pdf]
Text
55731.pdf
Download (325kB)
Indexing & Metrics