Strategi komunikasi kedermawanan dalam kalangan pengguna media sosial berpengaruh (social media influencer) di Malaysia = Philanthropy communication strategy among social media influencer in Malaysia / Muaz Mohd Noor … [et al.]

Mohd Noor, Muaz and Suyurno, S.Salahudin and Nordin, Rawi and Mustafar, Mohd Zaid and Md Sharipp, Muhammad Taufik and Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam (2020) Strategi komunikasi kedermawanan dalam kalangan pengguna media sosial berpengaruh (social media influencer) di Malaysia = Philanthropy communication strategy among social media influencer in Malaysia / Muaz Mohd Noor … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 2 (1). pp. 33-47. ISSN 2590-3942
Official URL: http://www.cipsf.my/
Abstract

Media sosial merupakan salah satu wahana yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat kini berbanding dengan media lainnya. Seseorang yang mampu menggunakan media sosial untuk menjana perbincangan atau mempengaruhi pengikut-pengikut mereka digelar sebagai Social Influencer (pengguna media sosial berpengaruh). Biasanya mereka adalah orang yang berbakat, berpengetahuan, dan mempunyai pengalaman yang memberi inspirasi kepada orang-orang di sekeliling mereka sama ada keluarga, rakanrakan atau dari kalangan pengikut (follower) mereka. Hampir kebanyakan dari kalangan mereka dilihat sangat terkehadapan dari sudut kebajikan sosial dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan, sehingga memberi inspirasi kepada ramai orang. Kajian ini bertujuan untuk mengukur strategi media sosial dalam membudayakan sikap kedermawanan, seterusnya mengkaji bentuk atau elemen komunikasi kedermawanan dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya dalam kalangan mereka yang berpengaruh (Social Influencer), seperti Instagram influencers (instafamous), YouTube influencers, Twitter dan lain sebagainya. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah dokumentasi dan observasi, iaitu melakukan pengamatan langsung (termasuk temubual) terhadap pengamal media sosial berpengaruh. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan media sosial dengan strategi komunikasi yang berkesan, sangat efektif dalam membentuk budaya kedermawanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 55703.pdf]
Text
55703.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Citations
1 Google Scholar Citations