Model Bersepadu Toleransi Politik / Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar and Muhammad Shamshinor Abdul Azzis

Mohd Nizah, Mohd Azmir and Abu Bakar, Afi Roshezry and Abdul Azzis, Muhammad Shamshinor (2021) Model Bersepadu Toleransi Politik / Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar and Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. In: UNSPECIFIED.
Abstract

Toleransi merupakan nilai yang sangat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang pelbagai. Ia bukan sahaja sekadar proses kognitif, tetapi juga terjemahan sikap. Toleransi politik merujuk kepada sifat dan sikap menerima dan menghormati hak asasi dan sivil yang berlainan daripada pilihan sendiri.
Oleh kerana pandangan politik yang rencam, ia mengundang kepelbagaian dan mewujudkan konflik. Oleh yang demikian, pengukuran tahap toleransi politik sangat penting dalam indikasi kesejahteraan Malaysia. Ini kerana tiada model khusus, dan model ini boleh menjadi panduan, seterusnya boleh membantu memformulasi sebuah tindakan efektif berlaku. Makalah ini membincangkan dimensi dan sub dimensi sebagai indikator indeks hasil daripada ulasan kritikal. Kemudian makalah mencadangkan pembinaan item berdasarkan dimensi. Terdapat tiga dimensi asas iaitu sosial, psikososial dan sumber politik. Terdapat pelbagai sub-dimensi yang ada. Maka, adalah wajar model bersepadu toleransi politik penting kerana ia bukan sahaja sebagai alat ukuran, tetapi juga menterjemah situasi politik semasa Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 55568.pdf]
Text
55568.pdf
Download (363kB)
Indexing & Metrics