Tuntutan nafkah anak selepas pembubaran perkahwinan: perbandingan antara ordinan undang-undang keluarga Islam (Sarawak) 2001 dengan undang - undang Islam / Shadli Sabarudin dan Mohd Noor Daud

Sabarudin, Shadli and Daud, Mohd Noor (2012) Tuntutan nafkah anak selepas pembubaran perkahwinan: perbandingan antara ordinan undang-undang keluarga Islam (Sarawak) 2001 dengan undang - undang Islam / Shadli Sabarudin dan Mohd Noor Daud. In: 3rd International Conference on Public Policy and Social Science ( ICOPS 2012). Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Melaka, pp. 169-178. ISBN 978-967-11354-5-7
Abstract

Nafkah anak bermaksud nafkah yang wajib diberikan oleh seorang lelaki (bapa) terhadap anak-anaknya di bawah tanggungjawabnya sama ada perbelanjaan makan minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pelajaran yang munasabah mengikut kemampuannya. Mahkamah mempertimbangkan nafkah anak-anak ketika mereka belum mumaiyyiz atau belum berkahwin atau tidak berdaya. Bagi Jumhur, wajib diberi nafkah kepada anak-anak iaitu anak dari benihnya sendiri (mubasyarah), cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah (furuc). Manakala bagi Mazhab Maliki, wajib diberi nafkah kepada anak-anak dari benihnya sendiri (mubasyarah) sahaja, bukan cucu lelaki daripada anak lelaki.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 55473.pdf]
Text
55473.pdf
Download (67kB)
Indexing & Metrics