Penglibatan komuniti Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Daerah Song, Sarawak / Kwok Chin Hoe dan Haris Abd Wahab

Chin Hoe, Kwok and Abd Wahab, Haris (2012) Penglibatan komuniti Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Daerah Song, Sarawak / Kwok Chin Hoe dan Haris Abd Wahab. In: 3rd International Conference on Public Policy and Social Science ( ICOPS 2012). Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Melaka, pp. 825-833. ISBN 978-967-11354-5-7

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada penglibatan komuniti Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Sarawak dengan tujuan (i) mengenal pasti latar belakang demografi dan sosioekonomi komuniti Iban dan (ii) menentukan bentuk-bentuk penglibatan komuniti Iban dalam program di bawah SPKR. Kajian ini merupakan kajian mikro dengan menumpukan kepada sebuah daerah iaitu Daerah Song di Bahagian Kapit, Sarawak. Pendekatan kuantitatif yang melibatkan tinjauan deskriptif digunakan. Sampel terdiri daripada 260 responden yang ditentukan berlandaskan tiga lapis prosedur sampel rawak bagi memilih (i) kawasan rumah panjang, (ii) rumah panjang dan (iii) responden kajian. Maklumat kajian pula diperolehi melalui sumber-sumber sekunder dan primer. Sumber sekunder didapati melalui tinjauan perpustakaan dan data primer dikumpul menerusi set borang soal selidik yang dibina berpandukan objektif kajian. Analisis kajian dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences 16.0 (SPSS 16.0). Penemuan kajian menunjukkan komuniti Iban yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada lelaki (85.8%) dan wanita (14.2%). Penglibatan mereka pula meliputi penyertaan dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Kajian mendapati tahap penglibatan sebilangan besar komuniti Iban dalam membuat keputusan (66.2%), pelaksanaan (61.5%), berkongsi manfaat (65.8%) dan penilaian (57.7%) adalah pada tahap sederhana.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Chin Hoe, Kwok
kwokchinhoe@yahoo.com
Abd Wahab, Haris
haris@um.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Races. Including race as a social group and race relations in general
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Event Title: International Conference on Public Policy and Social Science
Event Dates: 15 - 16
Page Range: pp. 825-833
Keywords: Komuniti Iban; Pembasmian kemiskinan; Penglibatan komuniti
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55377
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55377.pdf] Text
55377.pdf

Download (512kB)

ID Number

55377

Indexing

Statistic

Statistic details