Aspek-aspek Kemiskinan di Kalangan Setinggan - Satu Penyelidikan Khas di Kpg. Baru STutong, Tabuan Jaya, Kuching/ Rosita Hj Suhaimi

Hj Suhaimi, Rosita (1991) Aspek-aspek Kemiskinan di Kalangan Setinggan - Satu Penyelidikan Khas di Kpg. Baru STutong, Tabuan Jaya, Kuching/ Rosita Hj Suhaimi. Jurnal Akademik, 3 (3): 7. pp. 37-41. ISSN 0128-2635

Abstract

Fenomena kemiskinan biasanya berlaku di negara-negara Dunia Ketiga dan ada yang menganggap fenorttena ini sebagai punca ketidak-puasan yang menyebabkan penyelewengan dari aspek sosial masyarakat. Malaysia, sebagai salah sebuah negara yang turut menghadapi fenomena ini telah menjadikan objektif pembasmian kemiskinan sebagai objektif yang pertama di dalam Dasar Ekonomi Barunya (1971 -1990). Setakat ini, di Semenanjung Malaysia, kadar kemiskinan telah menurun dari 49.3% pada tahun 1970 ke 17.3% pada tahun 1987, di Sabah dari58.3% pada tahun
1976 ke 35.3% pada tahun 1987 dan di Sarawak pula, kadar tersebut menurun dari 56.3% ke 24.7%. Walau bagaimanapun, wujud pula masalah migrasi di kalangan pemuda-pemudi dari luar bandar ke bandar. Ini telah menyebabkan lebihan penawaran di pasaran buruh yang mengakibatkan masalah pengangguran di bandar. Apabila jumlah penduduk yang kian bertambah ini berterusan, timbul pula masalah kekurangan kemudahan tempat tinggal. Maka, wujudlah masyarakat setinggan di bandar-bandar. Sehubungan dengan ini, satu penyelidikan telah dibuat di Kpg. Stutong Baru, salah sebuah daripada perkampungan setinggan di Bandar Kuching Selatan. Kajian Penyelidikan ini telah dilakukan bersama oleh tiga orang pensyarah I.T.M. Cawangan Sarawak iaitu Cik Wee Chong Hui, Puan Wong Muk Ngik dan penulis sendiri pada tahun 1989. Oleh itu, penulisan ini adalah merupakan satu ringkasan kepada laporan penyelidikan tersebut.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hj Suhaimi, Rosita
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Poor. Poverty
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Rural groups. Rural sociology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Akademik
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Akademik UiTM Sarawak
ISSN: 0128-2635
Volume: 3
Number: 3
Page Range: pp. 37-41
Keywords: Kemiskinan, Kalangan setinggan, Kpg. Baru Stutong, Sosial masyarakat, Malaysia
Date: September 1991
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55355
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55355.pdf] Text
55355.pdf

Download (628kB)

ID Number

55355

Indexing

|

Statistic

Statistic details