Mengenali kaedah orang pekak berkomunikasi / Abdul Munir Ismail

Ismail, Abdul Munir (2012) Mengenali kaedah orang pekak berkomunikasi / Abdul Munir Ismail. In: 3rd International Conference on Public Policy and Social Science ( ICOPS 2012). Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Melaka, pp. 290-297. ISBN 978-967-11354-5-7

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang kaedah orang pekak berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Pada dasarnya orang pekak merupakan komuniti unik kerana mereka mempunyai kod bahasa isyarat yang tersendiri. Keunikan orang pekak, mereka dilihat seolah-olah tiada kecacatan, tetapi pada hakikatnya mengalami kecacatan tersembunyi. Bagi mendekati orang pekak, perlu difahami kaedah orang pekak berkomunikasi supaya dapat disesuaikan dengan memahami cara mereka berkomunikasi. Kajian ini menggunakan metod kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Dalam kajian lapangan digunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati di Malaysia terdapat beberapa kaedah orang pekak berkomunikasi. Antaranya ialah kaedah komunikasi seluruh, kaedah Bahasa Malaysia kod tangan, American sign language, China sign language dan berbagai kaedah tidak rasmi yang digunakan oleh orang pekak. Bahasa dalam komunikasi orang pekak dicipta berdasarkan latar budaya yang berbeza. Dengan itu, tidak semua orang pekak menggunakan kaedah komunikasi bahasa isyarat yang sama. penggunaan dan perkembangan bahasa untuk komunikasi oleh manusia normal, bahasa berkomunikasi bagi orang pekak juga mengalami perkembangan selaras dengan kemajuan pendidikan bahasa dan tuntutan perubahan semasa. Peringkat awal mereka menggunakan kaedah komunikasi pertuturan (oralisme) dan manualisme. Kedua-dua kaedah tersebut amat didominasi oleh orang pekak masa kini dalam perkembangan bahasa isyarat. Bahasa orang pekak mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Antaranya ialah cara orang pekak belajar bercakap dan memahami percakapan orang lain dengan melihat muka dan mulut orang bercakap itu. Kaedah ini lebih unik kerana ia menggabungkan kod bahasa isyarat dan pergerakan ejaan jari. Sebagai rumusan, walaupun terdapat pelbagai kaedah orang pekak berkomunikasi, namun Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) paling dominan di kalangan mereka. BIM dibentuk dan diubahsuai dari Bahasa Isyarat Amerika (American Sign Language) yang seterusnya dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia tahun 2000. Kini BIM digunakan secara meluas di Malaysia.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Abdul Munir
abdmunir@fsk.upsi.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Signals and signaling
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Theory. Method
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Event Title: International Conference on Public Policy and Social Science,
Event Dates: 15 -16
Page Range: pp. 290-297
Keywords: Bahasa Isyarat Malaysia; Kaedah komunikasi; Orang pekak
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55348
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55348.pdf] Text
55348.pdf

Download (62kB)

ID Number

55348

Indexing

Statistic

Statistic details