Memperkukuhkan kapisiti kelestarian perniagaan berskala kecil di Sabah: keperluan campur tangan kerajaan / Ag Bakar Ag Tatama dan Ahmad Suman

Ag Tatama, Ag Bakar and Suman, Ahmad (2012) Memperkukuhkan kapisiti kelestarian perniagaan berskala kecil di Sabah: keperluan campur tangan kerajaan / Ag Bakar Ag Tatama dan Ahmad Suman. In: 3rd International Conference on Public Policy and Social Science ( ICOPS 2012). Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Melaka, pp. 328-338. ISBN 978-967-11354-5-7

Abstract

Tujuan kertas ini adalah menyampaikan saranan mengenai keperluan di pihak Kerajaan Negeri Sabah supaya campur tangan bagi memperkukuhkan kapisiti kelestarian perniagaan berskala kecil di Sabah. Perniagaan berskala kecil merujuk kepada usaha perniagaan yang mana jualan tahunannya di antara RM200,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau mempunyai pekerja yang kurang daripada 5 orang. Adalah merupakan strategi yang diketahui umum di negara-negara membangun untuk menggalakkan elemen keusahawanan di kalangan penduduknya dalam usaha memerangi kemiskinan. Di Sabah strategi tersebut dilaksanakan sebaik-baiknya mengakibatkan lahirnya banyak perniagaan berskala kecil. Isu yang sering kali dihadapi oleh pihak berkuasa Negeri, bagaimanapun, ialah kelestarian perniagaan tersebut. Kertas memperolehi bahannya berdasarkan fakta dan dapatan satu Kajian yang berkaitan dengan penyertaan usahawan bumiputera dalam perniagaan berskala kecil di Sabah. Kajian tersebut bertajuk: Kajian Penyertaan Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Ekonomi di Sabah. Kajian ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah yang mana penulis merupakan anggota dalam kumpulan penyelidik. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama berkaitan dengan jenis dan bidang perniagaan yang dipilih; saiz modal permulaan dan modal terkumpul; dan, pembiayaan dan sumber pembiayaan. Bahagian kedua tertumpu kepada masalah yang dihadapi oleh para usahawan tersebut. Adalah wajar disebutkan bahawa terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para usahawan berkenaan: bermula dari kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, premis perniagaan dan lain-lain seumpamanya kepada yang lebih rumit seperti pembiayaan, pemasaran, bekalan bahan mentah, latihan dan lain-lain seumpamanya. Bahagian terakhir akan melihat kemungkinan campur tangan kerajaan. Ia akan dimulakan dengan perbincangan berhubung dengan keperluan bagi campur tangan kerajaan. Ini akan diikuti dengan huraian mengenai strategi campur tangan. Adalah menjadi harapan kertas ini bahawa bahan-bahan yang dikemukakannya boleh dipertimbangkan secara serius oleh pihak berkuasa awam terutama sekali yang berkaitan dengan dasar penggalakan keusahawanan dan pembasmian kemiskinan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ag Tatama, Ag Bakar
abaat@sabah.uitm.edu.my
Suman, Ahmad
ahmadsum@sabah.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Page Range: pp. 328-338
Keywords: Campur tangan; Kapisiti kelestarian; Keusahawanan; Perniagaan berskala kecil; Pihak berkuasa awam; Strategi campur tangan
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55347
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55347.pdf] Text
55347.pdf

Download (75kB)

ID Number

55347

Indexing

Statistic

Statistic details