Politik pengukuran prestasi dalam sektor awam: Perspektif ketua jabatan / Ahmad Faiz Yaakob and Mohammad Bastyian Mahmud

Yaakob, Ahmad Faiz and Mahmud, Mohammad Bastyian (2021) Politik pengukuran prestasi dalam sektor awam: Perspektif ketua jabatan / Ahmad Faiz Yaakob and Mohammad Bastyian Mahmud. In: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021, 27 Oktober 2021.

Abstract

Fokus kajian ini meninjau kesan daripada satu pembaharuan pentadbiran yang agak jelas berlaku dalam sektor awam Malaysia sejak awal 1990an dan semakin ketara sehingga ke hari ini iaitu pengurusan awam. Satu daripada idea pengurusan awam baru ini ialah ia menekankan kepada pengukuran, berlaku apabila pendekatan sebelumnnya iaitu pentadbiran awam tradisional kurang menumpukan kepada aspek pengukuran disebabkan penekanan lebih terhadap aspek input dan proses (kakitangan, latihan, peruntukan, pembahagian tugasan). Perlu dingatkan juga pertama, evolusi yang berlaku berubah mengikut keadaan semasa dan tuntutan zaman dan kedua, ianya adalah western-centric, yang mana pendekatannya bersesuaian dengan suasana politik, ekonomi dan sosial di barat (Haque 1998). Di Britain iaitu pada penghujung 1970an, di bawah kepimpinan Margaret Thacther, antara perintis awal yang memulakan gerakan berasaskan pengukuran telah menggesa sektor awam Briatin dipulihkan memandangkan keadaan sektor awam sejak beberapa tahun kebelakangan itu dilihat semakin lembab dan tidak bermaya. Antara lain satu persoalan yang besar dibangkitkan, benar, sektor awam selama ini telah melaksanakan peranannya, namun adakah benar-benar ia mencapai apa yang dicita-citakan, adakah selama tugas yang dilaksanakan oleh penjawat awam, benar-benar yang disepatutnya dilakukan? Benar, selama ini jabatan kerajaan telah membelanjakan peruntukannya, tetapi apa sebenarnya dibelanjakan, adakah ianya dibelanjakan berbaloi, dan berhemah! Jelas sekali kesemua persoalan ini menjurus kepada perlukan kepada pengukuran.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yaakob, Ahmad Faiz
UNSPECIFIED
Mahmud, Mohammad Bastyian
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Purpose, functions, and relations of the state
J Political Science > JF Political institutions and public administration > Public administration
J Political Science > JF Political institutions and public administration > General. Comparative government
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Event Title: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021
Event Dates: 27 Oktober 2021
Page Range: pp. 713-719
Keywords: Politik, pengukuran prestasi, sektor awam, ketua jabatan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54562
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54562.pdf] Text
54562.pdf

Download (344kB)

ID Number

54562

Indexing

Statistic

Statistic details