Persepsi staf akademik terhadap Kesatuan Sekerja: Kajian kes di Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) / Mazlan Che Soh ... [et al.]

Che Soh, Mazlan and Mohamed Fiah, Ahmad Faisal and Kamarunzaman, Nur Zafifa and Md Nen, Zurina and Ibrahim, Irini and Hussain, Faridah and Ismail, Marina (2021) Persepsi staf akademik terhadap Kesatuan Sekerja: Kajian kes di Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) / Mazlan Che Soh ... [et al.]. In: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021, 27 Oktober 2021.

Abstract

Kesatuan Sekerja adalah merupakan antara rakan kongsi terpenting dalam sistem perhubungan perusahaan di Malaysia. Setelah merdeka, hal ehwal kesatuan sekerja telah dikawalselia oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia menerusi Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Pekerja 1955 (Tarumaraja et al., 2015). Berdasarkan statistik Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, sehingga Ogos 2019 terdapat 759 kesatuan sekerja dengan keanggotaan seramai 930,790 (JHEKS, 2020). Sektor pendidikan juga tidak terkecuali dimana berdasarkan statistik JHEKS terdapat 55 kesatuan sekerja dalam sektor ini dengan keahlian seramai 306,508 (JHEKS, 2020). Salah satu daripadanya adalah Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) yang telah ditubuhkan pada 12 April 1972 (MITASA, 2021) dengan tujuan untuk memelihara hak dan kepentingan staf akademik di UiTM serta memaksimakan penyertaan dikalangan mereka yang layak untuk mendaftar sebagai ahli. Di Malaysia, perbincangan terhadap faktor penyumbang kepada berkurangnya minat pekerja menyertai kesatuan telah dilakukan menerusi pelbagai kajian (Aminuddin, 2009; Ganesan 2016; Ismail et al, 2018). Masalah sama turut dialami MITASA apabila daripada 7,820 staf akademik Gred DM52 yang layak menjadi ahli hanya 2,393 atau 30.6% (MITASA, 2021). Berdasarkan premis di atas, maka kajian ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan kajian iaitu:- a) Meneliti persepsi kakitangan akademik UiTM terhadap MITASA (kefahaman tentang MITASA dan peranan MITASA); b) Mengenal pasti faktor–faktor yang mempengaruhi kecenderungan penglibatan staf akademik UiTM Gred DM52 dan ke bawah untuk terlibat sebagai ahli MITASA dan c) Mengkaji sebab tentang ketidakterlibatan dalam kalangan staf akademik UiTM Gred DM52 dan ke bawah sebagai ahli MITASA.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Soh, Mazlan
UNSPECIFIED
Mohamed Fiah, Ahmad Faisal
UNSPECIFIED
Kamarunzaman, Nur Zafifa
UNSPECIFIED
Md Nen, Zurina
UNSPECIFIED
Ibrahim, Irini
UNSPECIFIED
Hussain, Faridah
UNSPECIFIED
Ismail, Marina
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Perception
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Perception > Malaysia
H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Social perception. Social cognition
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Event Title: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021
Event Dates: 27 Oktober 2021
Page Range: pp. 605-609
Keywords: staf akademik, Kesatuan Sekerja, Kesatuan Kakitangan Akademik, Universiti Teknologi MARA, MITASA
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54531
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54531.pdf] Text
54531.pdf

Download (519kB)

ID Number

54531

Indexing

|

Statistic

Statistic details