Sorotan awal konsep monoteisme Yahudi.

Senin, Nurhanisah and Amat Misra, Mustafa Kamal and Ismail, Nazneen (2021) Sorotan awal konsep monoteisme Yahudi. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 4 (2). pp. 64-111. ISSN 2006-9617
Abstract

Konotasi monoteisme walaupun merujuk kepada penyembahan Tuhan yang satu, namun sebaliknya ia membawa pemahaman yang berbeza kepada masyarakat beragama terutamanya bagi tiga agama semitik Yahudi, Kristian dan Islam. Justeru, penulisan bertujuan untuk menjelaskan konsep monoteisme Yahudi berdasarkan sejarah perkembangan ajaran Yahudi menerusi analisis yang dibuat terhadap karya sarjana Barat yang membincangkan berkaitan ketuhanan Yahudi. Hasil daripada pendapat sarjana biblikal dan ahli sejarawan menunjukkan konsep monoteisme Yahudi boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu evolusi dan revolusi. Evolusi meletakkan monoteisme hanya bermula pada akhir pemusnahan haikal kedua. Manakala revolusi meletakkan monoteisme sejak awal pengajaran Nabi Musa kepada Bani Israel. Implikasinya, evolusi menafikan monoteisme kepada ajaran Yahudi sebaliknya meletakkan monolatral dan henoteisme lebih sesuai kepada ajaran Yahudi. Manakala revolusi monoteisme pula dipolemikkan kerana menyebabkan percanggahan dan sifat opresif antara agama. Kesimpulannya, sifat evolusi monoteisme yang berbentuk monolatral tidak sepatutnya menafikan asal agama Nabi Musa yang bersifat monoteistik sehingga meletakkannya bermula pada tahap politeisme. Akan tetapi penyembahan Tuhan lain seharusnya dianggap sebagai suatu penyimpangan daripada ajaran asal.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 54450.pdf]
Text
54450.pdf
Download (330kB)
Indexing & Metrics