Prosedur dan bidangkuasa Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ): analisa kaedah menangani kes-kes ajaran sesat / Zanirah Mustafa@Busu dan Noraini Junoh

Mustafa@Busu, Zanirah and Junoh, Noraini (2021) Prosedur dan bidangkuasa Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ): analisa kaedah menangani kes-kes ajaran sesat / Zanirah Mustafa@Busu dan Noraini Junoh. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2. pp. 74-93. ISSN 2006-9617

Abstract

Kajian ini menjelaskan tentang prosedur yang digunapakai oleh pihak berkuasa dalam menangani kes-kes ajaran sesat. Pada setiap tahun kes ajaran sesat sentiasa bertambah dan berjaya dikesan oleh pihak berkuasa. Ajaran sesat yang berlawanan dengan pegangan agama yang diiktiraf sering kali menganggu ketenteraman dan keharmonian hidup setempat. Aspek aqidah merupakan teras kepada pegangan agama seseorang. Artikel ini menghuraikan tentang bagaimana prosedur, bidangkuasa dan susunan operasi bahagian penyelidikan Jabatan Agama Negeri yang digunakan dalam menyelesaikan masalah ajaran sesat. Kajian ini sangat mustahak dilakukan bagi memberi pendedahan dan pemahaman menyeluruh kepada masyarakat berkaitan dengan peranan dan bidangkuasa yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam menangani kes-kes ajaran sesat di Malaysia. Pendedahan kajian ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa wujud pihak yang diberi bidangkuasa bagi mengawal pengaruh ajaran sesat dan membendung ajaran agama lain dalam kalangan umat Islam. Metode kajian perpustakaan, temubual, dokumentasi dan penelitian digunakan untuk mengumpulkan data maklumat berkaitan dengan pengurusan dan operasi digunapakai untuk menangani jenayah akidah. Hasil kajian mendapati Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Negeri mempunyai sistem pengurusan dan susunan organisasinya yang teratur mengikut fungsi-fungsi setiap unit di bahagian penyelidikan. Unit Akidah Syariah dan Unit Penapisan Media memainkan peranan penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Setiap prosedurnya memberi impak yang amat mendalam kepada organisasinya dalam mengawal dan mencegah ajaran sesat daripada menular di Johor. Walaupun wujud beberapa kekangan seperti kekurangan pegawai dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai bahaya, namun ia boleh ditambahbaik dengan pengemaskinian tugas dan peranan daripada semasa ke semasa. Kajian ini wajar diketengahkan untuk membantu pihak berkuasa membuat penambaikkan dan memperkemaskan lagi sistem pengurusan dan operasi mereka dalam membanteras kegiatan jenayah akidah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustafa@Busu, Zanirah
UNSPECIFIED
Junoh, Noraini
UNSPECIFIED
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement
K Law > KB Religious law in general. Comparative religious law. Jurisprudence
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 2
Page Range: pp. 74-93
Keywords: Ajaran sesat; Bidangkuasa; Prosedur
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54447
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54447.pdf] Text
54447.pdf

Download (375kB)

ID Number

54447

Indexing

Statistic

Statistic details