Kualiti guru bahasa Arab ke arah memperkasakan ketamadunan Islam abad ke-21.

Ahmad @ Ahmad Rusdi, ‘Afirah and Makhsin, Mardzelah and Ilias, Mohamad Fadhli (2021) Kualiti guru bahasa Arab ke arah memperkasakan ketamadunan Islam abad ke-21. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 4 (2). pp. 56-73. ISSN 2006-9617
Abstract

Kajian bertujuan untuk mengkaji tahap kualiti diri guru Bahasa Arab dan hubungannya terhadap tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab ke arah menterjemahkan ketamadunan Islam dalam generasi abad ke-21. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik adalah instrumen kajian. Teknik persampelan Rawak Berstrata telah digunakan untuk menentukan sampel. Sampel saiz yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 196 pelajar sekolah rendah. Tahap kewajaran ujian dan soalan dinilai dan diperakukan oleh pakar akademik sebelum kajian dilaksanakan. Keputusan menunjukkan bahawa tahap kualiti diri guru Bahasa Arab adalah tinggi di mana keperibadian seorang guru memberi kesan kepada pelajarnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecenderungan minat pelajar terhadap Bahasa Arab berada pada tahap yang baik dan tinggi. Di samping itu terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan minat pelajar dengan kualiti diri guru. Hasil kajian ini memberikan implikasi kepada pemantapan kualiti pengajaran guru bahasa Arab dalam meningkatkan sikap yang positif dan minat pelajar dalam menguasai bahasa Arab ke arah melestarikan ketamadunan Islam Abad Ke-21.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 54441.pdf]
Text
54441.pdf
Download (480kB)
Indexing & Metrics