Pandangan masyarakat dan status perundangan terhadap anak tidak sah taraf / Hamizah Muhammad … [et al.]

Muhammad, Hamizah and Mohd Arif, Mohd Izzat Amsyar and Ismail, Che Zuina and Mohd Noor, Nor Adila and Yahaya, Salimah and Engku Ali, Engku Muhammad Tajuddin (2021) Pandangan masyarakat dan status perundangan terhadap anak tidak sah taraf / Hamizah Muhammad … [et al.]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2. pp. 1-13. ISSN 2006-9617

Abstract

Anak tidak sah taraf (ATST) lazimnya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang sah dan biasanya melalui hubungan seks luar nikah ataupun zina. Saban tahun angka statistic bilangan ATST yang direkodkan semakin membarah. Isu ATST antara perkara yang sering dibincangkan di Malaysia sama ada dari sudut fiqah atau undang-undang. Kertas kerja ini meneliti dan menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan persepsi sebenar masyarakat terhadap anak tidak sah taraf serta keputusan kes-kes mahkamah berkaitan isu penasaban anak tidak sah taraf ini. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis diskriptif yang melibatkan pengambilan data melalui kaedah kepustakaan. Hasil kajian mendapati responden dalam kajian-kajian lepas tidak berpandangan negatif terhadap anak tidak sah taraf. Akan tetapi, meskipun kajian ilmiah membuktikan masyarakat tidak berpandangan serong kepada anak tidak sah taraf, mereka yang memiliki anak tidak sah taraf tetap diselubungi kegelisahan dan ketakutan. Mereka risau, bimbang dan berasa terganggu dengan status anak tidak sah taraf anak mereka, mengakibatkan mereka mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya dapat menasabkan anak tidak sah taraf mereka dengan diri mereka sendiri. Di sini ianya jelas bahawa bagi menangani masalah anak tidak sah taraf ini ialah ianya perlu dimulakan dengan pemahaman dan penghayatan tentang syariat Islam di samping pembentukan akhlak. Apabila syariat Islam dipatuhi maka gejala anak tidak sah taraf tidak menular dalam masyarakat, dan kekusutan berkaitan isu penasaban anak tidak sah taraf ini tidak akan terus menggegarkan persada negara.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhammad, Hamizah
UNSPECIFIED
Mohd Arif, Mohd Izzat Amsyar
UNSPECIFIED
Ismail, Che Zuina
UNSPECIFIED
Mohd Noor, Nor Adila
UNSPECIFIED
Yahaya, Salimah
UNSPECIFIED
Engku Ali, Engku Muhammad Tajuddin
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Social perception. Social cognition
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Adultery
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 2
Page Range: pp. 1-13
Keywords: Anak tidak sah taraf ; Zina; Persepsi; Mahkamah; Perundangan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54430
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54430.pdf] Text
54430.pdf

Download (385kB)

ID Number

54430

Indexing

Statistic

Statistic details