Pengaruh pendapatan terhadap penglibatan Muslim dalam filantropi ketika kesukaran pandemik Covid-19 / Mohd Zaid Mustafar … [et al.]

Mustafar, Mohd Zaid and Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam and Meerangani, Khairul Azhar and Mohd Fadzil, Muhammad Faidz and Mohd Noor, Muaz (2021) Pengaruh pendapatan terhadap penglibatan Muslim dalam filantropi ketika kesukaran pandemik Covid-19 / Mohd Zaid Mustafar … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 74. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda negara memberi impak yang besar terutamanya kepada sektor ekonomi. Pelbagai jenis pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi menangani krisis pandemik khususnya dalam mengawal penularan jangkitan wabak dalam kalangan masyarakat. Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Fasa PKP 1.0 sehingga PKP 3.0 yang berterusan melepasi tempoh satu tahun ini sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan masyarakat. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, golongan yang kurang bernasib baik ini memerlukan bantuan kewangan sama ada daripada kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, Non-Governmental Organization (NGO) serta masyarakat awam yang prihatin. Pandemik yang berlaku ini seharusnya memberi peluang kepada golongan yang kurang terkesan serta masih lagi mempunyai lebihan pendapatan untuk dikongsikan bersama dengan golongan yang memerlukan. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti pengaruh pendapatan terhadap penglibatan Muslim dalam filantropi ketika kesukaran pandemik COVID-19. Bagi mencapai tujuan ini, sejumlah 424 orang responden telah memberi respon kepada soal selidik yang diedarkan sepanjang tempoh PKP sebagai batasan waktu melalui kaedah persampelan mudah. Hasil kajian mendapati faktor pendapatan mempunyai hubungan positif yang signifikan berdasarkan nilai kolerasi r=0.285 terhadap tahap penglibatan kedermawanan Muslim semasa tempoh PKP. Ujian analisis varian ANOVA pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan tingkat pendapatan terhadap gelagat filantropi Muslim dalam kalangan responden. Dapatan ini sekaligus membuktikan bahawa pendapatan mempunyai pengaruh terhadap proses membuat keputusan untuk menderma dalam kalangan Muslim. Justeru, semua pihak perlu mengambil peranan dalam memberi kesedaran tentang kepentingan amalan filantropi ini agar bebanan yang ditanggung oleh masyarakat terkesan dengan pandemic COVID-19 ini dapat diringankan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustafar, Mohd Zaid
UNSPECIFIED
Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam
UNSPECIFIED
Meerangani, Khairul Azhar
UNSPECIFIED
Mohd Fadzil, Muhammad Faidz
UNSPECIFIED
Mohd Noor, Muaz
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Income. Factor shares
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Demographic surveys
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Statistical methods
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Epidemics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 74
Keywords: Gelagat filantropi; Pandemik COVID-19; Faktor demografi
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54308
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54308.pdf

Download (820kB)

ID Number

54308

Indexing

Statistic

Statistic details